web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perhimpunan Turun Harga Barang Berlangsung Aman, Gagal Tembus Dataran Merdeka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 3:44PM

Antara pemimpin yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan tersebut adalah Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Turun Harga Barang yang disertai lebih 100 peserta berlangsung dengan aman walaupun cubaan mereka berarak menuju ke Dataran Merdeka dihalang polis.

Acara bermula jam 2 petang itu disertai pelbagai parti politik pembangkang, antaranya PKR, DAP, MUDA dan AMANAH.

Ia dipercayai dianjurkan Gabungan Mahasiswa bagi menyatakan protes  terhadap peningkatan mendadak harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Antara pemimpin yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan tersebut adalah Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli.

Mereka mengulang kembali lima tuntutan terhadap kerajaan pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, menuntut agar bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat dan menuntut agar kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada serta tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi yang lain. 

Mereka juga menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan dan makanan kafeteria dan vendor di dalam universiti kerana berlakunya peningkatan mendadak harga makanan.

Tuntutan terakhir ialah agar kerajaan untuk menyelesaikan masalah jaminan makanan (food security).

Sekitar jam 2.30 petang, peserta perhimpunan cuba berarak ke Dataran Merdeka namun dihalang oleh polis.

Polis kemudiannya menutup laluan menuju ke Dataran Merdeka di Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum membentuk dua lapisan rantaian manusia bagi menghalang peserta meneruskan perarakan.

Bagaimanapun, perhimpunan diteruskan di tengah-tengah jalan sekitar 30 minit sebelum peserta bersurai pada jam 3 petang. - Getaran, 23 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam