web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PGA Edar Gambar Sajat Di Pos Kawalan, Elak Bolos Negara Jiran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 5:08PM

Muhammad Sajjad Kamaruzzaman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KAYU HITAM - Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.

Timbalan Komander Briged Utara PGA ACP Mohd Noh Khamis berkata gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.

“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan.

“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand, jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PGA membuat kawalan ketat di pos kawalan sempadan bagi memastikan Sajat tidak lolos ke negara jiran.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata Sajat kemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Feb lepas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Noh berkata sejak Batalion 3 PGA mengambil alih tugas Op Benteng Covid Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand pada 1 Mac lepas, pihaknya berjaya menumpaskan 26 kes melibatkan pelbagai kesalahan.

“Kes-kes ini melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Kita juga berjaya menahan empat lelaki tempatan dan tiga lelaki Thailand berumur 20-an.

“Kita juga merampas 3,567 kilogram (kg) daun ketum, 465 botol ubat batuk, lima biji pil kuda, 4.11 gram syabu dan enam motosikal yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM128,871,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Lelongan Aset Sajat Selesai, Pembida Dapat Durian Runtuh Hanya Bayar RM42,000

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Proses Lelongan Aset Sajat Ditunda, Pembida Tak Hadir Selesai Baki Bayaran

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Bukit Aman Siapkan Dokumen, Ekstradisi Segera Sajjad

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Akhirnya Sajat Tertangkap Juga

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad