web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Lelongan Aset Sajat Ditunda, Pembida Tak Hadir Selesai Baki Bayaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:17PM

Antara barang-barang milik Nur Sajat yang dilelong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses lelongan barangan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang berlangsung pagi tadi terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili plaintif, OWA Resources Sdn Bhd berkata, keputusan itu dibuat selepas lelaki yang berjaya membida barangan disita untuk lelongan itu tidak hadir untuk menjelaskan baki bayaran.

“Sepatutnya dia (pembida) datang balik bawa wang tunai RM132,000, tapi dia kata banyak sangat. Jadi dia kata lebih baik dia buat draf bank.

“Bila dia buat benda tu, kalau dia pergi bank, dia sepatutnya patah balik, sekejap je kan. Tapi dia tak muncul sampai sekarang,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Susulan itu Nurul Hafidzah berkata, proses bidaan aset yang dilelong berkenaan akan dibuka semula kepada orang ramai dalam tempoh seminggu lagi.

“Pembida juga hilang wang deposit RM5,000 yang dibayar dan proses lelongan tersebut akan dibuka semula seminggu kemudian.

“Orang ramai yang berminat harus membawa wang deposit RM5,000 untuk menyertai lelongan itu. Jika bidaan berjaya, dia harus menyelesaikan baki bayaran dengan segera,” katanya.

Piano, antara barangan milik Sajat yang dilelong.
Piano, antara barangan milik Sajat yang dilelong.

Mengulas lanjut beliau berkata, proses lelongan yang bermula pada pukul 11 pagi tadi di banglo dua tingkat milik Sajat dekat Petaling Jaya itu, disertai lapan pembida.

“Kesemua pembida itu membida barangan rumah pada harga permulaan sebanyak RM77,650.

“Namun ada seorang pembida berjaya membida kesemua barangan terbabit pada harga RM132,000 sebelum dia tidak muncul untuk menyelesaikan baki bayaran,” katanya.

Antara barangan usahawan kosmetik terkenal itu yang dilelong ialah set sofa, set meja makan, set bilik tidur, penghawa dingin, dapur, mesin basuh dan grand piano.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hujung November lalu mengarahkan harta milik usahawan kosmetik yang diburu itu disita.

Tindakan itu bertujuan menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar Nur Sajat kepada bekas stokisnya, Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin dari Owa Resources.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Sementara itu, Sajat berkata dia tidak ambil peduli tentang harta dan barangan di kediamannya yang mula dilelong, pagi tadi.

Katanya, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu taktik supaya dia pulang ke Malaysia.

“Aset I nak kena lelong? Biarlah dia (mahkamah) nak lelong. Tak kisah, ambil jelah.

“Rumah tak dilelong. Dia (mahkamah) cuma ambil barang-barang rumah I, semualah kan. Tak kisah, ambil jelah. Bukan I duduk kat Malaysia pun.

“Ini semua permainan diorang supaya I balik Malaysia. Tak nak, tak pe I akan duduk sini (Australia),” katanya dalam satu rakaman video yang tular di media sosial mengenai proses lelongan tersebut.

Malah Sajat memberitahu, dia akan menjual rumah banglo dua tingkat miliknya itu dengan segera.

“I akan jual rumah I dan settlekan semua benda, senang. Betul tak? I nak tunggu apa lagi,” katanya. - Getaran, 14 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad