web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 1:10PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sekali lagi didakwa di mahkamah pada Isnin dengan lapan pertuduhan tambahan kerana memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata, Iswaran, 61, didakwa memperoleh hadiah itu dengan nilai keseluruhan kira-kira S$18,956.94 daripada Lum Kok Seng, yang diketahuinya berkaitan transaksi perniagaan yang mempunyai kaitan dengan fungsi rasminya sebagai Menteri Pengangkutan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara November 2021 hingga November 2022 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut laporan Straits Times (ST), Iswaran mengaku tidak bersalah ketika ditanya oleh Hakim Daerah Brenda Tan.

Mengikut kertas pertuduhan, barangan itu termasuk botol wiski, kayu golf dan sebuah basikal Brompton, menurut laporan itu.

Iswaran sebelum ini didakwa pada 18 Januari dengan 27 pertuduhan bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan boleh didenda, dihukum penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 6 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad