web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Koperasi Dilibatkan Bantu Rakyat Peroleh Barangan Harga Murah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 6:47PM

Annuar bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gerakan koperasi di negara ini akan dilibatkan dalam usaha membantu rakyat untuk memperoleh bekalan barangan pada harga lebih murah.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, secara prinsip, pihaknya menyokong pembentangan syor Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini agar gerakan koperasi terlibat dalam pengedaran produk tertentu, termasuk yang disenaraikan sebagai barangan kawalan.

Menurut beliau, ia mencakupi ayam, standard, minyak masak serta keperluan dapur yang lain.

“Kita telah pertimbangkan dengan panjang lebar beberapa perkara yang dimohon oleh SKM.

“Kita tengok sebahagiannya ada merit dan meminta semua kementerian berkaitan membuat susulan. Kita memberikan masa satu minggu bagi kementerian atau agensi terkait untuk beri maklum balas.

“Tetapi secara prinsip, jawatankuasa ini menyokong untuk membuka ruang kepada gerakan koperasi untuk terlibat dalam pengedaran beberapa barangan keperluan tertentu dengan janji Suruhanjaya Koperasi bahawa mereka akan bantu untuk membolehkan barangan dijual beberapa peratus lebih murah.

“Ini adalah inisiatif kedua terbesar selepas gerakan Jualan Keluarga Malaysia yang diumumkan sebelum ini. Sekarang kita susuli dengan keterlibatan koperasi untuk sama-sama berusaha membolehkan rakyat mendapat barang lebih murah,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Annuar berkata, pihak jawatankuasa dimaklumkan bahawa gerakan koperasi mempunyai kapasiti untuk mengambil beberapa peranan, antaranya sebagai pengimport dan pembungkus.

Selain itu tambahnya, gerakan koperasi turut mempunyai kapasiti untuk mewujudkan rangkaian pengedaran.

“Kita dibentangkan tentang rangkaian koperasi dari segi federasi koperasi sampailah kepada pecahan koperasi yang jumlahnya ribuan di segenap pelusuk negara.

“Kita juga diberi makluman, memandangkan koperasi ada beberapa jenis dan tahap, mereka ada kapasiti untuk mengambil peranan sebagai contoh, menjadi pengimport bagi barangan tertentu, atau menjadi pembungkus,” katanya.

Jelasnya, SKM turut membentangkan anggaran harga produk yang boleh dijual oleh gerakan koperasi.

“Itu yang penting iaitu untuk meyakinkan kalau peluang itu diberikan, konsepnya untuk menurunkan harga bukan menjadi satu lagi pemain industri, pengimport atau pembungkus namun harga kekal tinggi.

Jelas beliau, tidak masuk akal jika pemain industri ditambah tetapi tidak memberi kesan positif kepada rakyat.

“Konsep sekarang adalah penggunaan gerakan koperasi untuk memastikan harga barangan lebih rendah berbanding di pasaran sekarang. Sekurang-kurangnya mengekalkan tahap harga dan tiada kenaikan bagi enam produk tertentu yang kita pilih termasuk minyak masak,” katanya lagi.

Sementara itu, Annuar memberitahu, beliau bersyukur kerana impak daripada setiap kerja dilaksanakan jawatankuasa khas tersebut boleh dirasai oleh rakyat.

“Alhamdulillah impak setakat kita baru empat kali mesyuarat, saya bersyukur kerana kesan boleh dirasai oleh rakyat hasil kesungguhan jawatankuasa melakukan tindakan sebelum ini,” katanya.

Beliau memaklumkan, langkah efektif untuk meningkatkan ketahanan ekonomi negara serta meningkatkan keupayaan menangani inflasi dilihat semakin mencabar dan mendesak.

Justeru itu katanya, menjadi tanggungjawab jawatankuasa untuk terus mengambil langkah-langkah proaktif, bukan sahaja untuk mengawal inflasi tetapi juga memastikan impak negatif inflasi kepada rakyat terutama yang rentan turut diambil kira.

“Setakat ini kadar inflasi dalam keadaan cukup terkawal. Mengikut keperluan, jabatan perangkaan akan terus memberi makluman berkala dari segi kadar inflasi dan indeks harga pengguna (IHP) bagi membantu kerajaan buat penambahbaikan dasar.

“Setakat ini, ingin saya beri penegasan bahawa anggota jawatankuasa ini bertindak dalam satu pasukan rentas kementerian, kita ambil tindakan seluruh kerajaan dan bukan lagi dalam silo tertentu,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023

2

Politik 3 tahun yang lalu

10 Penambahbaikan Pemuda UMNO Akan Dilaksana Jika Diberi Mandat - Armand Azha

3

Politik 3 tahun yang lalu

2 Warlord UMNO Berjiwa Besar, Masih Setia Bersama Parti

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Industri Perfileman Negara Berpotensi Besar, Harus Disemarakkan - Annuar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi