web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Perfileman Negara Berpotensi Besar, Harus Disemarakkan - Annuar

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 7:13AM

Annuar Musa bersama barisan pelakon ketika menghadiri tayangan khas filem aksi “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa”. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Industri perfileman negara mempunyai potensi yang besar dan harus disemarakkan melalui penerbitan filem secara kerjasama antara  pemain industri  tempatan dengan penggiat industri antarabangsa yang lebih berpengalaman, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. 

Katanya, langkah itu akan mampu mempercepatkan nama industri perfileman negara diangkat ke pentas global.  

"Kita tidak boleh berasa cukup dengan keadaan seperti biasa. Kita perlu terima hakikat dan realiti yang industri kreatif terutamanya perfileman mempunyai potensi yang sangat besar" katanya pada tayangan khas  filem “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa” di sini, malam tadi.

Menurut Annuar jalan cerita sesebuah filem juga harus memastikan ianya dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat dalam memperluaskan pasaran filem itu.

"Kita satu Keluarga Malaysia. Besarkanlah pasaran bukan sahaja mengikut segmen kaum  supaya kita dapat pasaran yang lebih besar," katanya. 

Menurut Annuar , K-KOMM akan mengusahakan apa sahaja untuk memajukan industri perfileman negara termasuk melakukan beberapa perubahan dasar sekiranya diperlukan.

"Saya berharap Menteri Kewangan dalam belanjawan akan datang  ada beberapa pengumuman tertentu untuk dijadikan pemangkin atau ‘catalyst’ kepada industri perfileman dan industri kreatif," katanya.

Mengenai tayangan hari ini, Annuar berkata filem berkenaan adalah unik kerana penonton berpeluang menyaksikan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia dan berjaya melahirkan semangat patriotisme secara kreatif.

“Dalam filem, selain daripada hiburan, yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN