web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


30,311 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan 6 Bulan Pertama 2022 - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 1:24PM

2022 merupakan tahun paling banyak penguatkuasaan dilaksanakan terhadap peraturan larangan merokok di tempat awam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30,311 notis kesalahan merokok di tempat awam dikeluarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tahun 2022 merupakan tahun paling banyak penguatkuasaan dilaksanakan terhadap peraturan larangan merokok di tempat awam.

“Tahniah kepada penguatkuasa SIP (Sektor Inspektorat dan Perundangan) KKMPutrajaya. Insya’Allah Julai-Disember lagi hebat dan dasyat! #GEG #NoSmoking,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Dalam ciapan sama, Khairy turut berkongsi data Penguatkuasaan PPKHT bagi tahun 2018 hingga tahun lepas, yang menyaksikan secara keseluruhan sebanyak 57,268 notis kesalahan merokok di tempat awam dikeluarkan pada 2018; 50,946 (2019); 34,338 (2020) dan 15,163 (2021).

Sementara itu, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Strategik GEGAR Wanita dalam kenyataan hari ini berharap agar semua Ahli Parlimen terutama wakil rakyat wanita meluluskan Rang Undang-Undang Tembakau dan Merokok yang dijangka dibentang pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) Roslizawati Md Ali yang mewakili Rakan Strategik GEGAR Wanita turut menggesa agensi penguatkuasaan yang lain membantu KKM dalam usaha membendung pasaran rokok tidak sah.

 Rakan Strategik GEGAR Wanita diterajui MyWATCH, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Kebangsaan, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Sebelum ini, Khairy berkata Kabinet meluluskan draf rang udang-undang itu dan beliau dijangka membentangkan rang undang-undang itu pada sidang Parlimen ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad