web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


30 Projek Bernilai RM100 Juta Dikenal Pasti Untuk Ditangguh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 12:06PM

Datuk Seri Mustapa Mohamed - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 projek yang melibatkan kos kira-kira RM100 juta dikenal pasti setakat ini untuk ditangguh pelaksanaannya pada tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia hasil sesi libat urus antara Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Selasa lepas (19 Julai).

Beliau berkata antara projek itu ialah pembinaan pusat pemprosesan getah bersepadu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; perolehan peralatan bagi memodenkan bengkel dalam bidang elektrikal serta projek kerjasama pusat latihan teknologi tinggi dengan institusi pendidikan dan latihan di luar negara di bawah Kementerian Sumber Manusia dan projek penyelidikan strategik di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Sesi libat urus ini akan berterusan minggu hadapan, MOF, KKR, EPU, ICU, JKR akan mengadakan pertemuan dengan semua kementerian untuk memastikan mana-mana (projek) yang perlu untuk menjamin kesejahteraan rakyat diteruskan.

"Setakat ini, cuma 30 projek bernilai kira-kira RM100 juta, tetapi masih lagi diperincikan, akan diteruskan libat urus minggu depan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai berapakah projek yang akan ditangguhkan kerajaan dan jumlah penjimatannya serta sekiranya projek mega akan turut ditangguhkan.

Mustapa berkata projek seperti MRT Laluan Lingkaran (MRT3), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Pan Borneo akan diteruskan seperti dirancang. 

Mengulas lanjut, beliau berkata projek yang akan ditangguhkan melibatkan projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan dan diiklankan, projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat dan projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak.

Mustapa berkata projek yang sedang dalam pelaksanaan, telah dikeluarkan iklan tender, Surat Niat dan Surat Setuju Terima akan diteruskan.

Selain itu, projek yang dibiayai daripada Dana Infra serta semua projek penyelenggaraan yang mustahak dan telah diluluskan juga akan terus dilaksanakan.

“Ini penting bagi menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi pasca-COVID-19,” katanya.

Mustapa berkata sejumlah 7,243 projek pembangunan dengan jumlah peruntukan RM75.6 bilion telah diluluskan untuk pelaksanaan bagi tahun ini. 

Kerajaan dilapor akan mengkaji semula proses perolehan bagi projek yang belum dimulakan untuk mengawal perbelanjaan pembangunan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar