web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Anti Gangguan Seksual Bantu Buka Jalan Akta Sukan Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 10:48AM

Dewan Rakyat - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas lebih sedekad, Dewan Rakyat akhirnya meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual 2021.

Bercakap kepada The Vibes, Presiden Pengasas Safe Sport Malaysia (SSM), Sarina Sundara Rajah berkata, kelulusan RUU itu membantu membuka laluan kepada Akta Sukan Selamat, yang akan dibentangkan pada Disember depan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Kelulusan RUU Anti Gangguan Seksual menunjukkan topik itu dipandang serius oleh ahli parlimen.

“Tetapi RUU tersebut dan Akta Sukan Selamat adalah dua entiti yang berbeza. RUU Anti Gangguan Seksual tidak merangkumi apa-apa tentang sukan dan mereka yang terlibat di dalamnya,” katanya.

Beliau menambah, Akta Sukan Selamat melindungi kedua-dua atlet dan jurulatih dalam ekosistem sukan.

“Ia adalah satu tindakan yang komprehensif, tertumpu kepada keselamatan, pemerkasaan, dan kebajikan untuk semua yang berada dalam kancah sukan. Ia melindungi semua orang.

“Di bawah Akta Sukan Selamat, kita akan mempunyai Kod Sukan Selamat. Ia adalah tatakelakuan yang perlu digunakan oleh setiap organisasi sukan di Malaysia,” tambahnya.

Sarina berkata, akta itu turut melibatkan Pusat Sukan Selamat, yang akan dikendalikan oleh badan bebas bersama dengan penimbang taranya sendiri.

Dengan kod itu jelasnya, sesiapa yang menjadi saksi gangguan seksual akan mempunyai kewajipan untuk melaporkannya kepada pusat berkenaan. 

Menurutnya, terdapat juga perlindungan untuk pemberi maklumat menerusi kod sama.

Setelah mengambil masa 11 tahun untuk RUU Anti Gangguan Seksual diluluskan, Sarina berharap, Akta Sukan Selamat tidak mengambil masa lama untuk dikuatkuasakan.

“Masalah penderaan ini telah berlarutan sejak sekian lama. Tetapi sejak kebelakangan ini, sukan selamat telah mendapat banyak sambutan.

"Saya harap semuanya berjalan lancar apabila Menteri Belia dan Sukan membentangkannya di Parlimen Disember nanti," katanya.

Beliau mengakui, kelulusan RUU Anti RUU Anti Gangguan Seksual adalah berita baik, walaupun sedikit terlewat.

“Saya sendiri pernah menjadi mangsa gangguan seksual dan diintai.

“Tetapi pada masa itu, tiada undang-undang yang boleh membantu keadaan saya. Adalah berita hebat bahawa ia telah diluluskan sekarang,” kata Sarina. - The Vibes, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar