web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Lanjut Pelajaran Selepas SPM: NGO Bimbang, Mahu Kementerian Bertindak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 6:58AM

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019 mendapati sebahagian besar iaitu 72.1 peratus rakyat memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keengganan 72.1 peratus remaja melanjutkan pelajaran sebaik tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menimbulkan kebimbangan, terhadap kemungkinan lahirnya generasi yang mundur mentaliti akibat tidak berilmu.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, semua pihak, mencakupi ibu bapa, pendidik, persatuan, pihak sekolah dan kerajaan memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu berkenaan.

Menurut beliau, ia termasui mempergiat usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu mengoptimumkan penggunaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut kemahiran bagi memastikan setiap pelajar dapat atau mahu melanjutkan pelajaran. 

"Jika kita lihat angka 72.1 peratus ini, ia amat membimbangkan dan sekiranya negara ingin maju pada masa depan, lebih ramai generasi berkelulusan tinggi perlu dilahirkan, bukan hanya berlatarkan akademik tetapi juga kemahiran agar produktiviti terus berjalan lancar.

"Kedua-dua elemen ini penting bagi memastikan pelajar kita kompeten untuk bersaing," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Mohd Alif Anas Md Noor
Mohd Alif Anas Md Noor

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019 yang antara lain mendapati, 5.8 peratus daripada kira-kira 32 juta rakyat Malaysia tidak bersekolah atau tercicir daripada pendidikan.

Kajian sama juga mendapati, sebahagian besar iaitu 72.1 peratus rakyat juga memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM.

Mohd Alif menambah, tahap pendidikan adalah penting dalam menentukan sosioekonomi bangsa dan negara.

Beliau memberitahu, GPMS amat khuatir sekiranya angka 72.1 peratus berkenaan tidak ditangani segera, ia akan mengakibatkan jurang ekonomi yang begitu besar sesama pelbagai bangsa di negara ini.

GPMS katanya, sentiasa memberikan syor kepada pelajar supaya melanjutkan pengajian ke IPTA, politeknik dan institusi berkaitan akademik lain manakala mereka yang tidak berpeluang berbuat demikian, boleh menyambung pelajaran di institusi kemahiran.

"Peluang sentiasa tersedia malah di Malaysia, ia cukup besar dan seharusnya diambil semua pelajar di negara ini," katanya.

Mohd Alif menarik perhatian, ibu bapa merupakan antara faktor utama dalam memastikan pelajar berminat menyambung pelajaran atau sebaliknya.

Jika mereka sendiri tiada kesedaran terhadap kepentingan pelajaran kepada kehidupan anak, maka ia boleh dilihat sebagai satu masalah yang cukup besar dalam masyarakat, katanya.

"Ibu bapa perlu memberi semangat dan dorongan kepada anak. GPMS sentiasa menganggap kelulusan akademik yang bagus dapat mengubah nasib ekonomi bangsa Melayu itu sendiri.

"Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran bagi memastikan anak-anak mereka terus menyambung pelajaran dalam bidang akademik atau kemahiran. Sekiranya tiada kesedaran, maka garis ekonomi mereka kekal tidak berubah. Jika selama ini mereka dari golongan B40, ia akan kekal di tahap sama. Ini pandangan saya," katanya.

Kerajaan juga tegasnya, perlu mengkaji semula cabang kursus ditawarkan di institusi pengajian tinggi bagi memastikan ia kekal relevan dengan kehendak semasa industri.

Mohamad Rizan Hassan - Gambar ihsan Persatuan Belia Mahir
Mohamad Rizan Hassan - Gambar ihsan Persatuan Belia Mahir

Sementara itu, Ketua Projek Belia Mahir, Mohamad Rizan Hassan berkata, isu pelajar tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM dipercayai semakin 'membarah' selepas pandemik COVID-19. 

Beliau menjelaskan, dapatan berkenaan menunjukkan bibit-bibit permasalahan dapat dilihat dalam tempoh empat hingga lima tahun sebelum ini, iaitu apabila masalah pengangguran mahasiswa dilihat tidak mempunyai jalan penyelesaian yang tuntas.

"Ia (isu pengangguran mahasiswa) sedikit sebanyak memberi ketakutan kepada golongan belia yang melihat keyakinan tentang masa depan setelah memasuki universiti akan berakhir dengan pengangguran.

"Satu perkara harus kita tengok adalah belia kita semakin terdedah dengan maklumat di hujung jari, dan pemikiran yang telah berubah ekoran kepesatan ekonomi menyebabkan mereka mendapat maklumat lebih jelas dan tepat.

"Mereka ada kembimbangan terhadap masa depan, justeru tidak menghairankan apabila dapatan membuktikan 71.2 peratus tidak berminat melanjutkan pelajaran selepas SPM," katanya.

Mohd Rizan menjelaskan, hutang pendidikan merangkumi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) turut menjadi punca.

"Kita dapati belia juga hadapi kebimbangan jika melanjutkan pelajaran atau latihan, mereka akan terjerat hutang yang tinggi sehaik menceburi alam pekerjaan.

"Maknanya, hari pertama mereka bekerja bukan sahaja perlu berfikir soal kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup, tetapi juga mentaliti bahawa ada hutang perlu dibayar sedangkan gaji masih di paras minimum. Ada juga yang bergaji tidak setimpal dengan jawatan, disandang," katanya.

Jelas beliau, lepasan SPM ini juga bimbang mereka akan terbeban dengan isu kewangan semasa belajar ekoran peningkatan kos sara hidup, sekiranya memilih untuk melanjutkan pelajaran.

"Ibu bapa memang bergantung penuh dengan pinjaman pendidikan untuk menampung kos sara diri anak-anak, tetapi kebanyakan pinjaman atau elaun tak cukup, malah ada pinjaman seperti PTPTN tak dapat penuh, menyebabkan ibu bapa pula terpaksa 'top up'.

"Kalau lihat kursus kemahiran contohnya, belanja bidang itu amat tinggi. Mereka terpaksa membeli bahan guna habis yang digunakan untuk kerja sebenar sebagai contoh, besi bagi jurusan bidang kimpalan.

"Kalau peniaga merungut ayam mahal, itu mahal ini mahal, benda sama dilalui pelajar kita di institusi latihan dan pendidikan apabila menggunakan bahan guna habis untuk pembelajaran, jadi ini juga beri bebanan yang tinggi," katanya.

Mohamad Rizan memberitahu, banyak penyedia latihan kemahiran swasta dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa gulung tikar ekoran kenaikan kos.

"Kalau kita harapkan IPTA, tidak cukup menampung lepasan SPM yang baru keluar justeru, kita kena fikir kenapa penggulungan syarikat ini berlaku dalam kalangan IPTS dan institusi kemahiran swasta. Selain disebabkan pandemik, ada sebab lain yang harus diambil kira," ujarnya. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

GPMS Minta Portal Aduan Buli Diguna Secara Berhemah, Elak Laporan Palsu

2

Pendidikan 4 tahun yang lalu

Bantu Pelajar Memerlukan, IPTA, IPTS Wajar Kurangkan Yuran

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar