web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GPMS Minta Portal Aduan Buli Diguna Secara Berhemah, Elak Laporan Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 9:00AM

Portal Aduan Buli dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini, seharusnya digunakan secara ‘jujur’. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Portal Aduan Buli dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini, seharusnya digunakan secara ‘jujur’ dan tidak dijadikan sebagai saluran untuk mengemukakan laporan palsu atau memfitnah mana-mana pihak.

Naib Presiden II Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Tarmizi A Razak berkata, pihaknya turut mengharapkan platform itu digunakan secara berhemah untuk melaporkan kes buli sahaja.

Tegasnya, kegagalan menggunakan kemudahan itu sebaiknya akan mewujudkan suasana tidak harmoni dan boleh mencetuskan masalah serta ketegangan.

“Ibu bapa dan pelajar wajar memanfaatkan Portal Aduan Buli ini bagi memastikan isu buli di sekolah dapat dibendung secara tuntas,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 18 Ogos lalu, KPM melancarkan portal berkenaan sebagai saluran bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa mengemukakan aduan mengenai kes buli.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan, semua laporan kejadian buli di sekolah yang diterima pihaknya akan dikendalikan sebuah unit khas di bawah kementerian terbabit.

Katanya, unit khas itu bakal dianggotai pegawai berpengalaman dalam menangani kes buli.

Radzi berkata, maklumat mengenai laporan aduan diterima unit itu akan disimpan secara sulit.

Menurutnya, portal yang boleh diakses menerusi laman sesawang, www.moe.gov.my/aduanbuli itu, menyediakan maklumat lanjut mengenai cara mengemukakan aduan.

Portal itu, katanya, memberi pilihan kepada pelajar, ibu bapa atau penjaga untuk mengemukakan aduan sama ada melalui talian hotline di 03-8884 9352, Whatsapp (014-8009325), emel ([email protected]) atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Mohd Tarmizi A Razak - Gambar ihsan GPMS
Mohd Tarmizi A Razak - Gambar ihsan GPMS

Mohd Tarmizi berkata, portal itu adalah bukti ketegasan KPM dalam menangani isu buli di sekolah.

“GPMS menyokong penuh inisiatif KPM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Portal Aduan Buli.

“Portal ini akan menjadi medium utama bagi mangsa buli dan keluarganya untuk melaporkan kejadian terbabit yang menimpa mereka terus kepada pihak KPM,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Tarmizi berkata, semua pihak diharap tidak membuat tuduhan tanpa asas atau bukti hingga menyusahkan pelbagai pihak.

Justeru, katanya, GPMS berpandangan istilah buli perlu difahami dengan mendalam bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan membuat laporan palsu.

Mengulas lanjut, Mohd Tarmizi berkata, kenyataan Radzi bahawa KPM menerima sebanyak 19 laporan buli setakat kelmarin, menjadi petunjuk bahawa mangsa jenayah itu sudah berani tampil membuat aduan.

“Kelmarin, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa sebanyak 19 laporan kes buli diterima pihaknya, iaitu 16 laporan kes menerusi SISPA dan tiga laporan kes melalui aplikasi WhatsApp di talian 014-8009325.

“Menurut beliau, semua aduan tersebut sedang diteliti secara mendalam sebelum apa-apa tindakan diambil,” ujarnya. – Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad