web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantu Pelajar Memerlukan, IPTA, IPTS Wajar Kurangkan Yuran

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 7:45AM

Yuran berkaitan kos perkhidmatan pelajar, misalnya yuran koled kediaman, pengangkutan dan aktiviti desasiswa boleh dikurangkan kerana pelajar tidak berada di kampus. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi COVID-19 yang masih belum pulih walaupun lebih setahun negara dibelenggu krisis kesihatan kritikal itu, menyaksikan semua pihak terbeban sama ada secara mental, fizikal atau kewangan.

Kesannya turut dirasai golongan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) apabila mereka terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian serta menyediakan kemudahan pembelajaran, termasuk komputer riba.

Dalam menyediakan semua kelengkapan itu, pastinya mereka memerlukan sejumlah kos yang mungkin bukan masalah bagi golongan berada, namun pastinya cukup mendera untuk kelompok kurang berkemampuan.

Justeru, sejak beberapa bulan lalu, Getaran difahamkan terdapat beberapa wakil pelajar institusi pengajian tinggi yang mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak berkepentingan, semata-mata untuk mencari penyelesaian kemelut terbabit.

“Kelas banyak dijalankan secara atas talian yang menyaksikan kos pengajaran dan pembelajaran bersemuka berkurangan.”

Menerusi pertemuan itu, mereka menuntut yuran pengajian pelajar dikurangkan, apatah lagi penularan COVID-19 menyaksikan sesi kuliah lebih banyak dijalankan secara dalam talian.

Secara relatif, ehsan itu membolehkan wang yang ada disalurkan bagi pembelian kemudahan pembelajaran atau digunakan untuk menampung kehidupan ketika masing-masing berdepan kesukaran mengharungi pandemik.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan ketika mengulas isu berkenaan berkata, pihak universiti wajar menimbangkan keputusan untuk mengurangkan pembayaran yuran pelajar dalam situasi mencabar kini.

“Saya rasa patut juga dipertimbangkan perkara ini kerana kelas banyak dijalankan secara atas talian yang menyaksikan kos pengajaran dan pembelajaran bersemuka berkurangan, termasuk dari aspek operasi serta bil utiliti.

“Barangkali kos upah gaji juga berkurangan, kos operasi setiap orang pun berkurangan dan tempoh pengajaran bersemuka tidak begitu lama, jadi semua ini patut dipertimbangkan untuk menurunkan yuran pengajian berkaitan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mohamad Ali berkata, beliau turut mencadangkan supaya bayaran balik pinjaman pelajar diberikan pengecualian dalam tempoh tertentu sehingga COVID-19 benar-benar pulih.

“Ini mampu mengurangkan kesukaran pelajar untuk membuat pembayaran semula,” katanya.

Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Raja Shah Erman Raja Arifin turut memberi pendapat senada apabila memberitahu, yuran pengajian setiap semester yang dikenakan universiti awam (UA) ketika tempoh pandemik wajar dipertimbangkan semula sekiranya membabitkan kos perkhidmatan pelajar.

UA katanya, tidak boleh menurunkan kos yuran akademik kerana bayaran itu adalah pembiayaan untuk kursus atau subjek diikuti pelajar.

“Suara pelajar perlu didengari dan diperhalusi menerusi pertimbangan yang wajar.”

“Yang boleh dikurangkan adalah kos perkhidmatan pelajar dan ia sememangnya sedia dilaksanakan banyak universiti, misalnya yuran kolej kediaman bagi setiap semester, pengangkutan dan aktiviti desasiswa.

“Jadi bermula semester yang tidak memerlukan pelajar mengikut pengajian di universiti, mereka seharusnya dibenarkan untuk tidak membayar kos tersebut dan rasionalnya, jika tiada pelajar menerima perkhidmatan penuh di universiti, maka yurannya wajar dikurangkan,” katanya.

Mengulas lanjut Raja Shah Erman berkata, yuran universiti mencakupi dua kategori iaitu pengajian akademik dan perkhidmatan pelajar.

“Sekiranya membabitkan yuran langsung dengan pelajar ini, memang logik kita kurangkan jika mereka mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah masing-masing kerana caj utiliti, elektrik serta air berada di tahap yang rendah, susulan ketiadaan pelajar di kampus.

“Bagaimanapun MASTI menghormati bahawa tadbir urus masih perlu dipatuhi pihak pengurusan universiti berkaitan hal ehwal kewangan, kerana ianya memerlukan kelulusan beberapa jawatankuasa dan kementerian berkaitan,” katanya.

Jelas beliau, sebarang budi bicara seharusnya tidak meminggirkan suara pelajar, apatah lagi jika mereka dari golongan yang memerlukan.

“Pada masa sama suara pelajar perlu didengari dan diperhalusi menerusi pertimbangan yang wajar,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar