web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak Berdepan Masalah Kekurangan Beras

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 8:50PM

Ronald Kiandee - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak berdepan masalah kekurangan beras malah simpanan yang ada melebihi jumlah stok di negara jiran, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata melalui perjanjian antara kerajaan dan Padiberas Nasional Bhd (Bernas), syarikat itu dalam tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menyatakan komitmen untuk meningkatkan simpanan stok padi beras negara daripada 150,000 kepada 290,000 tan metrik.

"Kita mempunyai bekalan beras yang konsisten sepanjang tahun, kita ada stok perdagangan, kita ada simpanan stok dan jumlah keseluruhan adalah lebih tujuh bulan daripada keperluan beras negara," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Ronald turut menyifatkan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh konsesi Bernas sebagai satu tindakan tepat dalam menampung bekalan beras yang menjadi makanan ruji negara.

Beliau berkata meskipun berdepan pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan negara, Malaysia setakat ini tidak mempunyai masalah bekalan beras kerana Bernas menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan kekurangan bekalan dalam negara ditampung dengan pengimportan beras.

“Saya ingin katakan bahawa keputusan kerajaan ini merupakan satu keputusan yang tepat dan Bernas telah diletakkan sepenuh tanggungjawab untuk memastikan kekurangan beras negara dapat ditampung dengan pengimportan dari negara luar,” katanya.

Beliau menjawab celahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanyakan mengenai rasional keputusan kerajaan melanjutkan tempoh konsesi Bernas selama 10 tahun sebagai pengimport tunggal beras.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju melanjutkan konsesi Bernas bagi pengedaran beras di Malaysia untuk tempoh 10 tahun lagi bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 yang antara lain bertujuan menambah baik peruntukan sedia ada terutama berhubung pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad