Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibu Reda Anak Maut, Kembar Pula Cedera Parah Dalam Kemalangan Awal Pagi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 7:04AM

Kemalangan berlaku selepas beberapa penunggang motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain - Gambar awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang wanita bukan sahaja kehilangan seorang anak lelakinya yang terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal semalam malah kembar kepada si mati turut cedera parah dalam kejadian itu.

Masitah Md Isa, 44, berkata anaknya Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, maut di lokasi kejadian manakala Muhamad Syazwan Hafiz kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Walaupun sedih dengan kejadian menimpa pasangan kembar itu, yang merupakan anak sulung, dia reda dengan apa yang berlaku dan berkata empat bulan lepas, anak ketiganya Muhamad Shazril Haikal, 20, turut terlibat dalam kemalangan di Parit Buntar, Perak membabitkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah treler.

“Saya mengetahui kejadian yang menimpa pasangan kembar itu selepas dihubungi rakan kepada anak dan terus ke lokasi kejadian untuk melihat apa yang berlaku ... sebaik sampai, saya tergamam melihat beberapa orang bergelimpangan di atas jalan lalu terus mencari kedua-dua anak saya.

“Mula-Mula saya panggil nama adik (Muhamad Syazwan Hafiz) dan dia mengangguk. Saya kemudian memanggil nama abang (Muhamad Shazwan Hakim) tetapi dia tiada respons, kaku dah. Saya hilang kata-kata,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik HPP di sini.

Masitah, dari Batu Maung, berkata pasangan kembar itu yang bekerja sebagai ‘runner’ insurans memang sangat rapat dan dia juga terkilan kerana Muhamad Shazwan Hakim bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ini setelah bertunang tahun lepas.

Shahiril Rohaiza Ramli, 46, ibu seorang lagi mangsa yang maut iaitu Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, pula berkata sebelum sambutan Aidiladha, dia sempat menasihati anak sulungnya itu agar berhati-hati ketika menunggang motosikal.

“Dia memang suka motosikal dan dia sangat minat dengan bidang membaiki motosikal. Dari kecil dia baiki basikal, bila besar dia baiki motosikal pula... saya juga tidak sangka dia meninggal dunia pun berpunca daripada minatnya itu,” katanya.

Dia berkata Muhamad Eizreel bekerja sebagai mekanik di Saujana Height dan tinggal di Bukit Gedung bersama isteri serta dua anak mereka yang berusia lapan dan empat tahun namun selalu singgah ke rumahnya di Kampung Tersusun, Sungai Ara dekat sini.

“Boleh kata setiap hari arwah datang rumah saya dan sejak seminggu dua ni, dia macam mengelak daripada memandang muka saya, saya hairan juga tetapi tidak fikir apa-apa... kali terakhir dia datang rumah saya pada Sabtu petang tapi saya tiada kerana bekerja dan dia jumpa adik dia sahaja,” katanya.

Bagi Ahmad Najwan Ikhwan Ahmad Nazrul, 20, kehilangan adiknya Ahmad Haikal Naif, 19, dalam kemalangan itu memberi kesan mendalam kerana arwah sangat rapat dengan semua ahli keluarga mereka.

Ahmad Najwan Ikhwan berkata arwah juga sempat berpesan kepada rakan-rakan agar mengebumikan jenazahnya di tanah perkuburan yang sama dengan datuk mereka di Balik Pulau jika dia meninggal dunia bagi memudahkan urusan keluarga untuk menziarah.

Empat penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini semalam.

Polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 4.30 pagi dan siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira 4 pagi di kawasan lebuh raya berkenaan menghala ke pusat bandar George Town melibatkan beberapa motosikal yang disyaki terlibat dalam kegiatan lumba haram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 jam yang lalu

Sedih, Nyawa Tergadai Angkara Orang Lain...

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut: Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan, Mohon Jangan Buat Spekulasi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Muda Daerah Tertinggi Catat Kes Kemalangan Maut Di Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Sukan 18 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Luar Negara 19 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 14 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi