web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Positif Dadah, 17 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 7:26PM

Dalam serbuan di Petaling Jaya malam tadi, polis turut merampas dadah dipercayai jenis MDMA seberat 42 gram dan ketamin (11.5 gram) daripada pengunjung yang ditahan - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seramai 17 pengunjung sebuah pusat hiburan di Taman Sea Park di sini ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan pelbagai jenis dadah, tengah malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 itu, polis turut merampas dadah dipercayai jenis MDMA seberat 42 gram dan ketamin (11.5 gram) daripada pengunjung yang ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap mereka turut positif.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM3,720 dan semua suspek kini direman untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Usaha memerangi masalah dadah bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran untuk bersama membanteras jenayah berkenaan - Gambar ihsan PDRM
Usaha memerangi masalah dadah bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran untuk bersama membanteras jenayah berkenaan - Gambar ihsan PDRM

Menurut beliau, usaha memerangi masalah dadah bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran untuk bersama membanteras jenayah berkenaan.

“Polis Petaling Jaya menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan segera maklumat ke balai polis berdekatan berkaitan masalah penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fakhruddin berkata, selain pusat hiburan tersebut pihaknya turut membuat pemeriksaan terhadap dua lagi premis hiburan di sekitar daerah ini.

Menurutnya, dalam pemeriksaan tersebut seorang wanita warga asing ditahan selepas didapati tidak memiliki permit pekerjaan sah.

“Dua premis yang diserbu turut gagal mengemukakan lesen hiburan dan lesen menjual minuman keras bagi tahun 2022.

“Susulan serbuan, polis merampas 17 botol minuman keras dan resit serta wang tunai dari kedua-dua premis terbabit untuk membantu siasatan lanjut,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan