web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Kesan 7 Kematian Babitkan Jangkitan Malaria Sejak Januari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 4:45PM

Dr Noor Azmi Ghazali (dua, kiri) melihat replika nyamuk tiruk atau nyamuk Anopheles ketika melawat pameran pada majlis perasmian sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat kebangsaan 2022 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat tujuh kes kematian akibat jangkitan malaria sejak 2 Jan hingga 9 Julai lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata daripada jumlah itu, enam kes dilaporkan daripada jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes membabitkan malaria manusia jangkitan tempatan.

“Bagi kematian jangkitan malaria zoonotik, dua kes dilaporkan di Terengganu dan Sabah manakala satu kes di Sarawak serta Pahang. Satu kes kematian melibatkan malaria manusia jangkitan tempatan pula berlaku di Johor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 1,447 kes malaria dicatatkan dalam tempoh sama membabitkan 1,311 kes malaria zoonotik dan 136 malaria manusia jangkitan tempatan.

“Saya dimaklumkan bahawa kes jangkitan yang berlaku ini masih berada pada tahap terkawal namun kita tidak boleh alpa dan perlu memastikan langkah pencegahan dilakukan bagi menurunkan kadar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Azmi menyarankan pemain industri dalam sektor perladangan, perlombongan dan pembinaan yang menggunakan tenaga pekerja asing supaya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk saringan malaria terhadap golongan tersebut.

Beliau berkata ini kerana golongan itu antara yang terdedah dan berisiko dijangkiti malaria berdasarkan penelitian serta kajian yang dilakukan oleh pihak berkaitan.

“Pekerja asing seharusnya melalui pemeriksaan kesihatan termasuk saringan malaria mengikut polisi yang ditetapkan kerajaan. Pihak majikan juga bertanggungjawab membekalkan kelambu berubat bagi melindungi mereka daripada gigitan nyamuk. Bagi pekerja yang mengalami gejala malaria, perlu menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022, beliau berkata bertujuan memberi kesedaran dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa malaria merupakan masalah kesihatan awam yang perlu diberikan perhatian secara serius. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan