web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istana Budaya Kembali Rancak Mulai April

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 7:50AM

Program Istana Budaya 2021 Norma Baharu akan dilaksanakan bagi menghangatkan semula aktiviti seni di negara ini. - Gambar hiasan dari Istana Budaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun masih terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara, Istana Budaya, sebuah agensi di bawah  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) akan menampilkan 24 persembahan terpilih sebagai pengisian kepada programnya bermula April ini.   

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata program Istana Budaya 2021 Norma Baharu itu diharap dapat direalisasikan bagi menghangatkan semula aktiviti seni persembahan pentas tanah air selain memberi peluang kepada syarikat produksi untuk kembali bergiat.

“Istana Budaya akan terus menganjurkan program pementasan yang menyokong kesejahteraan masyarakat.

Selain memartabatkan seni budaya persembahan, saya berharap Teater ‘Jalan Sehala’ yang dijangka dipentaskan pada September ini dapat menggalakkan masyarakat untuk terus mengamalkan kebiasaan norma baharu dengan mematuhi garis panduan seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada Majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2021 Norma Baharu di sini.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha MoTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat, pengurusan tertinggi kementerian serta ketua jabatan dan agensi MoTAC.

Antara persembahan terpilih bagi program itu ialah Teater Bangsawan Raja Bersiong, Festival Gamelan Gema Gangsa, Konsert Tanah Airku bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, Wayang bersama Konsert Orkestra Tradisional Malaysia, Konsert Ulang Tahun Ke-10 Genius Seni Muzik  dan dramatari “Bakawali”.

Selain produksi Istana Budaya, terdapat beberapa program penganjuran pihak produksi luar termasuk Konsert 4G’S, Konsert Barisan Hadapan DJA (Datuk Jamal Abdillah) serta teater “Sengkela Perak” Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turut dipentaskan.

Sepanjang tahun 2020, Istana Budaya merekodkan jumlah pengunjung seramai 13,677 orang sepanjang tempoh yang dibenarkan dengan jumlah pendapatan meliputi hasil jualan tiket dan sewaan ruang sebanyak RM1.02 juta.

Ketika ini, Istana Budaya masih meneruskan kerja persediaan artistik dan teknikal untuk program yang dirancang sepanjang 2021 dengan harapan semua program dapat dilaksanakan secara fizikal ataupun maya dengan mengambil kira perkembangan semasa COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar