web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjimatan Perkhidmatan Awam Wajar, Laksanakan Secara Lebih Holistik - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 7:02AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang diumumkan kelmarin diyakini mampu menggalas peranan sebagai mekanisme untuk menstabilkan kedudukan ekonomi negara.

Pekeliling mengandungi arahan Kementerian Kewangan untuk semua pihak berkaitan menjimatkan perbelanjaan itu juga dilihat senada dengan struktur kewangan negara ketika ini, yang masih bergelut dengan beban hutang akibat pandemik COVID-19.

Pakar ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kerajaan bagaimanapun harus meneliti pelaksanaan langkah penjimatan secara lebih meluas dan holistik, tanpa hanya bergantung kepada pekeliling berkenaan.

Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob
Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob

“Sebenarnya langkah alternatif  kerajaan ini wajar dan bagus, namun ia harus diteliti lagi.

“Kerajaan boleh melaksanakan proses pengauditan kualiti secara keseluruhan bagi semua kementerian, bagi memastikan penjimatan perbelanjaan ini menghasilkan impak yang diingini kepada ekonomi negara,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, langkah penjimatan tersebut seharusnya dilaksanakan secara lebih agresif, dan turut melibatkan pihak swasta tanpa hanya menjurus kepada sektor awam semata-mata.

Penjimatan pada skala besar dan mencakupi semua pihak katanya, menyumbang kepada pembukaan semula ekonomi, iaitu langkah penting ke arah pertumbuhan ekonomi domestik.

“Kesan positif bagi langkah alternatif ini akan kita lihat dalam jangka masa panjang dan berperingkat kerana impak daripada penjimatan perbelanjaan ini tidak akan dirasai rakyat dengan sekelip mata,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, adalah wajar kerajaan melaksanakan langkah ‘mengikat perut’ atau penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan masing-masing.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

“Penjimatan melalui pekeliling tersebut adalah wajar, namun ini juga adalah bayangan bahawa negara sedang berdepan krisis ekonomi yang amat teruk.

“Jelas kepada kita, negara memerlukan peruntukan kewangan yang amat tinggi demi kesejahteraan rakyat,” katanya yang mengakui, agak gusar dengan perkembangan berkenaan.

Jelas beliau, penjimatan yang hanya menjurus kepada sektor awam sahaja tidak akan mampu meredakan kesengsaraan ditanggung rakyat ketika ini.

“Kerajaan harus turut meneliti semua projek serta pemberian tender kepada kontraktor di bawah agensi mereka.

“Penjimatan dalam aspek tersebut mampu menjadikan pekeliling ini lebih efektif dalam menghasilkan impak diingini,” katanya.

Awang Azman menjelaskan, langkah tersebut boleh diperluaskan sekiranya kerajaan bersedia meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat.

“Memang bagus jika kerajaan meneruskan subsidi kepada rakyat, tetapi perlu juga lihat kekerapan mereka ‘bail out’ projek oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan berkaitan kerajaan,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar