web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar UIA Akhirnya 'Bebas', Dibenar Keluar Setiap Hari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 4:38PM

Protes #OpenTheGate# diadakan di UIA Gombak bagi membantah kerana tiga bulan tidak dibenarkan keluar. - Gambar dari twitter

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah lebih tiga bulan dipaksa berkurung dalam kampus, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kecuali di kampus Gambang, akhirnya dibenarkan untuk keluar ‘outing’ setiap hari mulai esok.

Bagaimanapun, menurut risalah terbaru garis panduan kawalan pergerakan ketika pandemik COVID-19, pelajar hanya dibenarkan keluar masuk dari 8 pagi hingga 10 malam dan mereka tidak dibenarkan bermalam di luar kampus.

Garis panduan itu dikemaskini susulan satu himpunan aman di dalam kampus UIA Gombak semalam, membabitkan ratusan pelajar keluar untuk membantah dan mendesak pihak pentadbiran agar menamatkan tempoh berkurung yang dikuatkuasa sejak tahun lepas.

“Mereka yang gagal mematuhi garis panduan ini akan dikenakan tindakan disiplin, malah kebenaran ‘outing’ ini akan ditarik balik jika terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kampus.

“Malah jika kejadian tersebut berlaku, pihak pentadbiran tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula perintah berkurung demi mengawal keadaan dan menjaga keselamatan semua pihak,” katanya.

Menurut garis panduan itu, pelajar tidak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana kawasan Zon Merah COVID-19 dan mereka yang gagal pulang ke kampus pada 10 malam mungkin akan dikuarantin dan membuat ujian swab yang perlu ditanggung sendiri kosnya.

Pelajar hanya dibenarkan untuk keluar kampus melalui: pagar-pagar utama di kampus Kuala Lumpur, Pagoh dan Kuantan manakala Pagar 2 bagi kampus Gombak.

Menurut risalah itu lagi, pelajar juga perlu mendaftar diri di kawasan tersebut ketika keluar masuk.

Menurut sumber,  pelajar UIA juga tidak berpuas hati terhadap tempoh berkurung yang dilaksanakan itu kerana ia tidak terpakai kepada kakitangan universiti. – Getaran, Mac 31, 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad