web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prebet Adam Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 2:36PM

Adam Jaafar atau Prebet Adam yang terlibat dalam kejadian amuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 1987. - Gambar Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Nama Adam Jaafar, 57, atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam pernah menggegarkan negara selepas terbabit dalam kejadian amuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Selepas insiden itu, nama Prebet Adam tidak pernah sepi dari ingatan masyarakat yang membuat pelbagai andaian dan cerita sendiri, sehingga ada yang mengaitkan kejadian itu dengan pemimpin tertinggi di sebuah negeri selatan tanahair.

Prebet Adam, yang juga anak sulung daripada sembilan adik beradik itu, bagaimanapun meneruskan kehidupannya sendiri sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir semalam, di Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 8.56 pagi.

Adiknya, Hawa Jaafar, 56, ketika dihubungi berkata, Prebet Adam dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada Ahad lalu selepas mengadu tidak sihat.

“Pemeriksaan doktor kemudiannya mendapati dia menghidap jangkitan di paru-paru dan perlu menerima rawatan di hospital.

“Namun kami sekeluarga tidak sangka pemergian arwah secepat ini kerana beliau nampak sihat beberapa minggu sebelum itu,” katanya ringkas kepada Getaran.

Dalam tragedi yang menggemparkan negara pada 1987 itu, Adam yang berasal dari Sungai Pinang, Georgetown, mengamuk dan menyebabkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian bagaimanapun terlepas daripada hukuman mati, dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun selepas disahkan berada dalam keadaan tidak siuman ketika itu.

Pada 2018, isu mengenai insiden amukan Prebet Adam itu kembali hangat selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik 'individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri'.

Susulan itu, Hawa bersama ahli keluarganya mengadakan sidang media dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan Prebet Adam.

Hawa turut menafikan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai kedi golf kepada Almarhum, seperti dakwaan banyak pihak.

"Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.

"Semua adik-beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah," katanya.

Allahyarham Adam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Georgetown, selepas solat Zohor. – Getaran, 31 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad