web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sektor Ladang Paling Terjejas Susulan Langkah Indonesia Beku Kemasukan Pekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 12:48PM

Sektor perladangan dijangka paling terkesan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Indonesia membekukan sementara kemasukan pekerja warganegaranya ke Malaysia akan memberi impak paling ketara terhadap sektor perladangan yang banyak bergantung kepada tenaga kerja itu bagi tujuan pungutan buah sawit.

Malah, kesan itu lebih ketara memandangkan pekerja terbabit amat diperlukan bagi tempoh kemuncak pengeluaran pada bulan-bulan akan datang, demikian menurut CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

“Pembekuan (pengambilan pekerja asing) akan menyaksikan unjuran pengeluaran minyak sawit bagi separuh kedua 2022 turun ke paras lebih rendah berbanding setahun lepas.

“Isu kekurangan pekerja berserta kenaikan kos (gaji minimum dan harga baja) serta kemerosotan harga minyak sawit mentah (MSM), adalah sesuatu yang negatif bagi pendapatan suku kedua 2022 serta berisiko mengurangkan perolehan hasil peladang Malaysia,” katanya dalam nota tinjauan hari ini.

Menurut Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain, Indonesia merupakan negara sumber pekerja asing yang penting yang menyumbang kira-kira 35 peratus pekerja asing dan 70 peratus tenaga pembantu rumah di Malaysia.

CGS-CIMB berkata Malaysia dilaporkan mengalami masalah kekurangan tenaga kerja yang ketara membabitkan masing-masing industri pembuatan (627,000 pekerja), perladangan seramai 120,000 orang dan pembinaan sebanyak 550,000 orang.

“Secara keseluruhannya, kami melihat laporan mengenai tindakan terbaharu Indonesia itu sebagai berisiko menurunkan pendapatan korporat,” katanya.

Semalam, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan sebagai berkata bahawa negara itu menghentikan sementara semua proses berkaitan penghantaran pekerja warganegaranya ke Malaysia atas alasan berlakunya pelanggaran dalam perjanjian persefahaman yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada 1 April, 2022.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan pula mengesahkan bahawa kementerian itu telah menerima surat makluman rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia mengenai langkah pembekuan tersebut dan beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, CGS-CIMB berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Hamzah Zainudin sebaliknya enggan membesarkan keputusan Indonesia tersebut dan berkata Malaysia akan mengambil pekerja dari negara lain termasuk Bangladesh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek