Berita Terkini

3 jam yang lalu: Kerajaan Perak tunggu laporan siasatan pesawat terhempas di Ipoh 3 jam yang lalu: 4,053 pegawai kontrak ke jawatan tetap tahun ini - Khairy 3 jam yang lalu: Israel mengaku bunuh 5 kanak-kanak Palestin dalam serangan baru-baru ini - Agensi Anadolu 3 jam yang lalu: MAHB rekod 7.8 juta pergerakan penumpang pada Julai 2022 4 jam yang lalu: Cadangan tubuh suruhanjaya siasatan diraja bagi siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok - Hishammuddin

IKUTI KAMI


TH Dapat Kuota Tambahan 5,000 Tapi Tak Guna Sepenuhnya, Mengapa Ini Boleh Berlaku?

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 2:09PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arab Saudi hanya mengeluarkan visa mujamallah kepada jemaah haji Malaysia tahun ini, bukan visa furada sebagaimana ditawarkan kepada hampir 400 individu yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.

Presiden Persatuan Solidariti Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) Dr Fathir Badri Alhadad berkata, ini bermaksud agensi pelancongan yang mendapat visa mujamallah perlu mengeluarkan belanja lebih kerana mereka perlu mendapatkan pakej ‘ground’ melalui aplikasi disediakan Kementerian Haji Arab Saudi.

Katanya, pakej itu wajib diambil walaupun pihak agensi pelancongan telah mempunyai pakej ground mereka sendiri sebelum ini.

“Pihak Kedutaan Arab Saudi juga telah menghadkan pengeluaran visa mujamallah pada tahun ini kerana seperti kita semua sedia maklum, Arab Saudi perlu berhati-hati untuk mengelak penularan wabak COVID-19 semasa musim haji.

“Ada di antara ahli SAFTTA yang membawa jemaah haji menggunakan visa mujamallah pada musim haji kali ini. Dan nampaknya tiada sebarang masalah yang timbul setakat hari ini,” katanya kepada Getaran.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) yang hanya memberikan kepercayaan kepada 22 syarikat untuk menyantuni jemaah bagi menunaikan ibadah haji.

Katanya, SAFTTA senada dengan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), menerusi cadangan agar setiap agensi pelancongan yang diberi kelulusan sebagai perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) diulang ganti setiap dua tahun sekali bagi mengekang amalan ‘kartel TH’.

“Apa yang mungkin dimaksudkan berkaitan kartel haji ini adalah ada beberapa agensi pelancongan yang dilihat tidak pernah ditukar semenjak PJH ini diperkenalkan. Adakah hanya 22 syarikat itu sahaja yang mempunyai kelayakan untuk menyantuni jemaah dan daripada jumlah itu berapa pula agaknya agensi pelancongan yang dimiliki agensi kerajaan (GLC)?

“Pastinya agensi pelancongan GLC ini mempunyai modal pusingan yang besar, sekali gus bersaing dengan usahawan pelancongan yang menggunakan modal sendiri. Mengapa perlu dihadkan kepada hanya 22 syarikat, sedangkan kita semua sedia maklum TH sendiri menyatakan tidak mampu untuk menguruskannya sendiri disebabkan kekangan tertentu,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan agar TH mengadakan perbincangan secara jujur dan terbuka bersama persatuan pelancongan untuk memberi pandangan bagi membantu mereka menambahbaik fungsi institusi tersebut.

Katanya, sebagai contoh pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi memberikan kuota tambahan sebanyak 5,000 kepada Malaysia untuk diuruskan TH, tetapi jumlah itu tidak digunakan sepenuhnya.

“TH hanya menggunakan tidak lebih 2,500 sahaja daripada kuota tersebut. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Sedangkan yang menunggu giliran untuk menunaikan haji adalah begitu ramai.

“Jika alasannya TH tidak bersedia dari segi logistik, kenapa tidak dibuka kepada lebih banyak agensi pelancongan untuk menguruskannya? Dengan cara ini mungkin keadaan seperti ‘tidak dapat visa’ tidak akan berlaku. Inilah kelemahan monopoli!,” tegasnya.

Pada masa sama, Fathir Badri berkata, SAFTTA turut bersetuju dengan kenyataan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang menyatakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) tidak boleh dipersalahkan dalam isu haji tersebut.

Menurut beliau, ia jelas di bawah Akta Tabung Haji yang tidak meletakkan MOTAC sebagai kementerian bertanggung jawab, sebaliknya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu memikul tanggungjawab itu dengan sebaiknya.

“Perlu diingat sekarang bukanlah masanya ‘kerajaan yang tahu segalanya’ atau ‘government knows best’ seperti dahulu.

“Apa yang lebih penting pada masa ini adalah tidak menyalahkan antara satu sama lain, perlu adanya kesepakatan dalam menjalankan amanah yang diberikan,” katanya.

Malah Fathir Badri turut mengesyorkan kempen kesedaran berterusan perlu diberikan kepada bakal jemaah agar mereka tidak terpedaya dengan tawaran murah untuk mengerjakan haji menggunakan visa mujamallah mahupun furada.

“Agensi pelancongan yang mengambil kesempatan juga perlu diberikan hukuman maksimum supaya perkara sama tidak berulang lagi saban tahun.

“TH juga perlu memberikan lebih ruang kepada agensi pelancongan untuk menguruskan jemaah haji pada masa akan datang dan tidak hanya tertumpu kepada agensi pelancongan yang sama sahaja,” katanya.

 Baru-baru ini hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Sehingga kini, 72 laporan polis berhubung ke penipuan pakej menunaikan ibadah haji di seluruh negara membabitkan tiga agensi pelancongan swasta dengan kerugian RM3.95 juta.

Pada masa sama, siasatan dijalankan pihak polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Penipuan Pakej Haji, Terima 47 Laporan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang, Petugas Masih Bertungkus Lumus

3

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Suspek Penipuan Pakej Haji Diserah Semula Ke Polis KL

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MATA Gesa SPRM Siasat Dakwaan Pemerdagangan Visa Haji

Sorotan

1

LCS: Cadangan Tubuh RCI Dibawa Ke Kabinet Esok - Hishammuddin

2

Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah Siber Terhadap PU Faiz 

3

Tumbuk, Toreh Muka Rakan Selepas Enggan Bayar Kos Baiki Kereta

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Atlet SUKIPT Catat Rekod Kebangsaan Ditawar RM20,000

oleh Farhana Farush

Politik 5 jam yang lalu

PAS Boleh Takluk Pahang Pada PRU-15 Jika…

oleh Aiman Sadiq

Sukan 1 hari yang lalu

Bapa Sukan Bina Badan Negara Meninggal Dunia

Semasa 2 jam yang lalu

Syed Saddiq Antara 10 Dipanggil Beri Keterangan Esok