web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Pantai Di Labuan Diancam Hakisan Tahap Kritikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 1:38PM

Keadaan struktur binaan pejalan kaki di sepanjang pantai Kampung Sungai Miri dan Kampung Sungai Pagar yang sedang dalam proses pembinaan setelah rosak teruk susulan pukulan ombak serta ribut yang melanda sejak beberapa hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Lebih 20 pantai di pulau bebas cukai kini diancam hakisan dengan dua daripadanya di tahap kritikal.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan Juniaddi Awang Tuah berkata dua pantai itu ialah di Kampung (Kg) Sungai (Sg) Miri/Sg Pagar dan di pantai Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT) Kiamsam.

“Berdasarkan kajian hakisan pantai kebangsaan yang dijalankan pada 2015 yang masih relevan sehingga sekarang, lebih daripada 20 kawasan pantai akan mengalami hakisan dan kajian meramalkan kawasan paling teruk terjejas adalah di pantai Sg Miri dan Kiamsam… dan kajian telah terbukti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan RM11 juta bagi pembinaan tembok penahan ombak di kawasan yang paling teruk terjejas di pantai Sg Miri/Sg Pagar.

“Projek tembok penahan ombak sepanjang 730 meter itu dibina pada November tahun lepas (2021) dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun (November 2023) manakala di pantai LCOT kami menyediakan nasihat teknikal untuk syarikat minyak bagi penambahbaikan di kawasan pantai,” katanya.

Juniaddi berkata lama-kelamaan kawasan pantai di sekitar pulau itu akan terjejas teruk akibat hakisan, jika tiada langkah diambil untuk mengurangkan impaknya.

Selain itu katanya usaha kerajaan untuk mengurangkan kerosakan akibat hakisan, dijangka menjadi semakin mahal.

Juniaddi berkata dua pantai (Miri/Sg Pagar dan LCOT) diunjur kawasan paling teruk terjejas akibat hakisan pantai kerana kedudukan pantai itu yang menghadap Laut China Selatan.

Beliau juga berkata jabatannya telah memohon peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air sebanyak RM20 juta bagi pembinaan infrastruktur untuk melindungi pantai Tanjung Aru Nelayan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

2

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad