web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman Fitnah Naz Empire Terhadap Awal Ashaari Gagal Selesai Melalui Mediasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 4:45PM

Awal Ashaari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai dan dekorasi rumah terhadap personaliti televisyen, Awal Ashaari berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti itu gagal diselesaikan melalui proses mediasi kerana kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.

Peguam Sareekha Roslyna Mohd Rosly yang mewakili Naz Empire Sdn Bhd selaku plaintif berkata sehubungan itu kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan.

“Kedua-dua pihak telah memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan termasuk pernyataan saksi.

“Pihak plaintif (Naz Empire) akan mengemukakan dua saksi termasuk Pengarah Naz Empire Azrianna Alyssa Azmil manakala Awal Ashaari akan memberikan keterangan bagi pihaknya selaku defendan,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar A Shaarmini secara dalam talian (e-Review) hari ini.

Ditanya mengenai tarikh perbicaraan, Sareekha Roslyna berkata kemungkinan tarikh tersebut akan ditetapkan pada pengurusan kes seterusnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache pada 4 Ogos ini.

Sementara itu, peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 7 Julai tahun lepas, mahkamah mencadangkan supaya kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes diteruskan dengan perbicaraan.

Pada 13 November 2020, Naz Empire memfailkan saman berjumlah RM3 juta terhadap Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial.

Syarikat itu mendakwa kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman Awal dimulakan selepas Awal membayar deposit sebanyak RM100,000, bagaimanapun Awal menyatakan ketidakpuasan hati terhadap hasil atau kualiti kerja plaintif dan memberhentikan syarikat terbabit daripada terus membuat kerja pengubahsuaian serta meminta memulangkan semula wang  RM100,000 itu.

Plaintif mendakwa, Awal telah memulakan siri fitnah secara berterusan terhadap plaintif dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya serta telah memuat naik satu siaran fitnah melalui siaran YouTube di pautan dengan nama pentas ‘SchaAwal’ bagi tujuan sama.

Awal turut memfailkan tuntutan balas pada 30 Disember 2020, dengan menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat berkenaan berhubung kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad