web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftaran Ahli Baharu KSWP Naik Kepada 146,000 Pada Suku Pertama 2022 - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 11:55AM

Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57 peratus kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendaftaran ahli baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat sebanyak 57 peratus kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini selaras dengan usaha dana persaraan itu yang memulakan strategi jangka panjang untuk meluaskan liputan perlindungan sosial rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh ekosistem sokongan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Buat masa ini, walaupun ada pelbagai inisatif perlindungan sosial yang diperkenal dan sesetengahnya mendapat pembiayaan kerajaan, namun rata-rata kesedaran mengenai pentingnya perlindungan sosial dan persiapan untuk hari tua masih terlalu rendah dalam kalangan sejumlah besar rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung KWSP di sini, hari ini. 

Menurut Tengku Zafrul, salah satu aspek terpenting adalah berkaitan pengukuhan perlindungan sosial dan tanggung jawab tersebut telah diberikan kepada KWSP apabila kerajaan mula melaksanakan Program Transformasi GLC.

Malah, katanya, program tersebut adalah bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Mengulas mengenai platform i-Lindung yang dilancarkan hari ini, Tengku Zafrul berkata ia dapat membantu ahli KWSP untuk mendapatkan perlindungan bagi menghadapi situasi tidak diduga dan di luar kawalan yang boleh menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yakin kemudahan i-Lindung tersebut berupaya membantu merealisasikan hasrat negara untuk mencapai kadar penembusan insurans lebih daripada 70 peratus, selain dapat membantu ahli mendapatkan perlindungan insurans dan takaful. 

“Kemudahan i-Lindung ini boleh didapati pada kadar minimum RM30 setahun dengan perlindungan sebanyak RM10,000 serta boleh ditolak daripada Akaun 2,” katanya. 

Menurutnya, KWSP turut menyasarkan sebanyak 300,000 orang bagi platform i-Lindung tersebut untuk tahun pertama pelaksanaannya. 

Platform i-Lindung tersebut adalah di bawah Pelan Perlindungan Ahli bagi kemudahan pembelian produk-produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Tawaran perlindungan kepada ahli KWSP itu juga berkuat kuasa secara serta-merta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar