web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Meningkat 27.9 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 6:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 di negara ini meningkat 27.9 peratus pada Minggu Epidemiologi 27/2022 (ME 27/2022), berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada 16,694 kepada 21,355 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beberapa indikator situasi COVID-19 menunjukkan peningkatan ketara pada ME 27/2022 bagi tempoh 3 Julai hingga 9 Julai lalu.

Katanya, peningkatan itu membabitkan kes penularan tempatan, iaitu 28.1 peratus atau 16,650 kepada 21,325 kes.

“Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 28.1 peratus (16,650 kes kepada 21,325 kes) dan bilangan kes import menurun 31.8 peratus (44 kes kepada 30 kes).

“Bilangan kes aktif setiap hari bagi ME 27/2022 adalah 32,145 kes dengan peningkatan 11 peratus.

“Jumlah kes kematian disebabkan jangkitan virus itu juga meningkat 46.2 peratus, iaitu 38 kes, berbanding 26 kes pada minggu sebelumnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes sembuh pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 14.6 peratus, iaitu 14,293 kes kepada 16,379 kes.

Katanya, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk, menunjukkan tiada perubahan pada ME 27/2022 berbanding ME 26/2022.

Namun, katanya, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk didapati meningkat sebanyak 15 peratus.

Peningkatan itu, jelasnya, membabitkan 14 peratus pesakit kategori 1 dan 2, manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 bertambah sebanyak 17 peratus.

“Jumlah kes positif COVID-19 dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 27.8 peratus, kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat 12.6 peratus serta kes dirujuk CAC ke PKRC dan ke hospital, meningkat 67.5 peratus,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, statistik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, 4,592,710 kes baharu direkodkan dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 9 Julai 2022 (ME 27/2022).

“Kumulatif kes sembuh adalah 4,521,579; kumulatif kematian (35,809 kes) dan kumulatif kluster (7,026 kluster) dengan kluster aktif sebanyak 13 kluster,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad