web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kekurangan Parasetamol Di Pasaran Berlaku Lagi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 5:01PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Awal tahun ini, isu kekurangan bekalan parasetamol di pasaran menjadi topik hangat apabila orang ramai mendakwa ubat yang sering diambil untuk merawat demam, selesema dan sakit kepala itu sukar dicari.

Keadaan itu didakwa berpunca daripada peningkatan kes COVID-19, sebelum isu terbabit sedikit reda beberapa bulan kemudian sehingga Mei lalu, apabila bekalan ubat terbabit kembali senang didapati di premis jualan, sejajar jumlah angka jangkitan virus berkenaan semakin berkurangan.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini turut mengakui terdapat peningkatan mendadak permintaan beberapa jenis ubat, seperti produk dengan bahan aktif parasetamol, vitamin C, ubat batuk dan selesema untuk kanak-kanak.

Namun sejak bulan lalu, timbul kembali dakwaan parasetamol ‘lenyap’ di beberapa premis apabila ia sukar ditemui.

Memasuki Julai yang menyaksikan kes COVID-19 kembali bertambah dan Jangkitan Penyakit Seperti Influenza (ILI) meningkat, rungutan orang ramai mengenai kekurangan parasetamol di pasaran semakin banyak diluahkan.

Tinjauan dilakukan Getaran di beberapa premis di Kuala Lumpur dan Shah Alam, termasuk di kedai runcit, kedai serbaneka serta farmasi utama mendapati dakwaan itu benar apabila parasetamol kehabisan stok.

“Tak ada, memang sudah lama habis, terutama Panadol,” kata penjual di kedai serbaneka ketika wartawan Getaran mahu membeli produk itu.

“Saya pun tak tahu apa sebabnya kerana macam tempat kami, memang pembekal dah lama tak hantar stok,” maklum seorang staf farmasi ketika diaju mengapa kebanyakan premis kehabisan bekalan parasetamol.

Malah, tinjauan turut mendapati beberapa jenama ubat yang sering digunakan pesakit COVID-19 dan ILI, seperti untuk sakit tekak serta selsema sudah kehabisan stok.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat memandangkan paracetamol dan beberapa ubat berkenaan adalah antara produk berkesan dalam merawat gejala kedua-dua penyakit terbabit.

Pemerhatian di media sosial mendapati isu kehabisan stok parasetamol di kebanyakan premis menjadi topik perbualan netizen.

“Gila jugak krisis panadol ni. Dah 5 kedai aku tanya habis stok,” ciap @irfan_abe

“Ya, dua kedai awal semua habis. Panadol, uphamol semua, semua habis. Yang kedai ketiga ada tapi dah tak banyak tulis @AshikinRzali

“Tak paham kenapa semua benda habis. Mula dengan panadol, ubat batuk lepas itu ‘kool fever’. Nak senaraikan memang tak habis,” kata @kennyssaacyrae

“Loni musim ore deme ko (sekarang musim orang demam ke?), 3 tempat cari panadol semua habis stok,” ujar @abejie_

“Ahli keluarga saya ramai yang dah positive influenza A, kali ni rasa lagi teruk dari COVID-19 hari tu. Badan ‘on off’ panas, batuk, sakit badan. Tolong pakai pelitup muka dan sediakan panadol siap siap. Banyak farmasi stok panadol dah habis,” komen @xxsykilxx

“Cari dekat empat kedai serbaneka, kool fever dan panadol habis, takkan nak kena buat formula sendiri pula lepas ni? aiii jangan macam-macam,” komen seorang pengguna. – Getaran, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad