web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Wanita Hina Islam Terus Dikecam, Dianggap Mengotorkan Maruah Agama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 2:48PM

Tindakan mengejutkan seorang wanita ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi terus menerima kecaman ramai, walaupun selepas beberapa hari - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan mengejutkan seorang wanita yang mengaku dirinya Islam dan menghafaz 15 juzuk Al-Quran ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, sebelum menanggalkan tudung serta baju kurung di hadapan pengunjung, terus menerima kecaman ramai, walaupun selepas beberapa hari.

Antara individu tampil mengecam tindakan itu adalah penceramah terkenal, PU Amin yang menyifatkan perbuatan terbabit sebagai menghina, mempermainkan dan ‘mengotorkan’ maruah Islam.

Melahirkan rasa amat sedih dengan tindakan individu terbabit, PU Amin atau Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, sikap itu mencetuskan persoalan berhubung kedudukan dan maruah Islam dalam pandangan segelintir orang.

“Sedih memang sedih sangat, tak sangka ada manusia yang perangai macam ni sanggup main-mainkan tudung, sanggup main-mainkan bicara dalam keadaan dia kata dia hafaz Al-Quran.

“Kemudian dia sanggup untuk buka baju dekat depan orang dan orang pula bersorak, apa nak jadi dengan kita ni, apa nak jadi dengan umat kita?

“Ini negara Islam, kita semangat sebelum ini tengok (filem) Mat Kilau, kita semangat tengok perjuangan Islam, tapi hari ini kita tengok macam mana ada orang main-mainkan agama Islam, ada orang kotorkan maruah agama, dekat mana kedudukan kita, mana maruah kita?,” soalnya menerusi hantaran di media sosial.

PU Amin berkata, perbuatan seperti dilakukan wanita itu akan menyebabkannya ditangkap kerana mempermainkan agama.

Beliau turut menitipkan nasihat kepada masyarakat supaya menjaga anak dan keturunan mereka sebagai seorang Muslim, bagi mengelakkan ada individu lain yang melakukan perkara menghina serta mempermainkan Islam.

Selain itu, PU Amin menggesa pihak berkuasa supaya segera menangkap mana-mana individu yang melakukan tindakan terbabit bagi membendung sikap berkenaan daripada terus berleluasa.

“Kepada pihak berkuasa, cepat tangkap orang macam ni sebab kalau tak dibendung makin lama dia akan merosak dan menghina agama kita.

“Berhentilah perangai macam ni, apa kau nak jadi,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan penularan sebuah video di aplikasi TikTok, yang memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’, dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan penularan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan dilakukan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 7, iaitu menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

“Jika berlaku melalui media sosial pihak saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil tindakan.

“Sekiranya kejadian itu kita tahu tempat dan kenal individu yang menghina agama, maka pihak berkuasa agama negeri tersebut akan dihubungi,” katanya.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kejadian terbabit.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan terbabit dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Bazar Ramadan TTDI Tawar Pembelian Juadah Berbuka Secara Digital #TechMeToBazaar

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Shamaine Othman Sudah Sedia Jayakan Stand-Up Komedi Solo, Bertema Wanita Bujang 40-An Sibuk Kerja

4

Kolum 3 tahun yang lalu

Jenaka Adalah Serius

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad