Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Shamaine Othman Sudah Sedia Jayakan Stand-Up Komedi Solo, Bertema Wanita Bujang 40-An Sibuk Kerja

Anak kepada karyawan filem legenda, Othman Hafsham ini bakal adakan pementasan 'stand-up comedy' solonya pada 12 Oktober ini.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:56AM

Gambar Instagram Shamaine Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak mula berjinak-jinak dengan dunia komedi sejak 2012 dengan membuat persembahan komedi stand-up secara berkumpulan, Shamaine Othman memiliki impian untuk mengadakan persembahan 'stand up comedy' secara solo. 

Impian Shamaine nampaknya bakal direalisasikan menerusi pementasan 'Oh No She Didn’t' yang akan berlangsung di Damansara Performance Arts Centre (DPAC), Empire Damansara pada 12 Oktober ini. 

Seorang karyawan Malaysia yang amat dikenali dengan bakatnya sebagai penulis, pelakon, pengarah, produser dan juga pelawak ‘stand-up’, Shamaine mengakui pengalaman melebihi sepuluh tahun dalam dunia komedi berjaya mengasah bakat komedinya dan lebih arif dalam membaca kelakuan serta kemahuan para audiens yang hadir ke setiap persembahannya.

“Jujur saya katakan bahawa saya kini lebih bersedia untuk pementasan solo dan sudah tiba masanya untuk saya mencipta nama saya sendiri di dalam cabang seni yang amat unik ini. 

“Lebih-lebih lagi di negara kita, jarang sekali kita dapati pelawak wanita yang berani untuk menceburkan diri di dalam bidang komedi ‘stand-up’, dan ia bagaikan didominasi oleh kaum lelaki. 

“Saya anggap ini sebagai salah satu cabaran yang harus saya sahut dan pementasan solo bernama ‘Oh No She Didn’t!’ ini bakal mengubah landskap tersebut,” kata Shamaine. 

Pementasan ‘Oh No She Didn’t!’ sebenarnya telah dirancang sebelum bermulanya pandemik lagi dan ia bertemakan kisah seorang wanita bujang yang hampir mencapai umur 40-an yang terlampau sibuk bekerja dan mementingkan karier sehingga lupa dengan kehidupan peribadinya.

“Ia sangat ‘personal’ dan saya juga akan menyelitkan pelbagai kekalutan sebagai seorang warga Malaysia pada saat ini dan subjek ini tentunya amat relevan kepada para penonton yang hadir.

“Tatkala dunia dilanda pandemik, saya terfikir semula tentang projek ini yang telah lama direhatkan dan saya mula merangka strategi persembahan ini. 

“Proses ini agak menakutkan juga kerana saya tidak pernah berseorangan di atas pentas. Namun inilah yang saya imaginasikan dan saya harap para peminat komedi negara akan datang beramai-ramai untuk menonton pementasan ini dan menyokong perjalanan seni saya,” tambah Shamaine lagi. 

‘Oh No She Didn’t!’ bakal diterbitkan oleh Cinematic Sdn Bhd, syarikat yang sebelum ini dinaungi pengarah filem legenda negara iaitu Othman Hafsham, yang juga bapa kepada Shamaine. 

Syarikat penerbitan tersebut kini bakal diambil alih Shamaine dan ianya sedang sibuk mengumpul serta membina pelbagai idea serta material baru selari dengan kehendak audiens masa kini. 

“Sepanjang karier saya di dalam bidang seni telah banyak yang saya lalui. Bermula dengan kumpulan komedi improv paling lama bertahan di dalam industri seni Malaysia iaitu AIIA Improv dan saya juga telah dipilih sebagai pembuka acara bagi pelawak antarabangsa seperti Gina Yashere dan Ronny Chieng.

“Saya telah menulis material dalam pelbagai genre namun komedi mempunyai tempat yang amat istimewa di dalam jiwa saya,” katanya lagi. 

Shamaine amat dikenali di kalangan peminat komedi negara dengan penulisannya bagi Projek Disko Baldi yang turut memenangi pelbagai anugerah dan seterusnya mendapat perhatian meluas apabila ia diterbitkan sebagai rancangan televisyen, Shamaine juga bertanggungjawab menulis muzikal OlaBola di bawah produksi Enfiniti Productions. 

Selama lebih dari satu dekad, Shamaine telah menghabiskan masa bekerjasama dengan industri televisyen dan filem di Malaysia dan Singapura dalam pelbagai bidang.

Antara rancangan-rancangan terkemuka yang pernah dihasilkan Shamaine termasuklah Fear Factor (ASTRO), Club Mickey Mouse (Disney), Geng (ASTRO), Love in Lockdown (Sooka), Kuasa (ASTRO), Histeria (ASTRO), Rojak (Channel 5), Whoopie's World (Okto) dan Totally Totto (Okto). 

Shamaine juga telah menulis dan mengarah tiga filem pendek iaitu Love Story bagi Festival Ikal Mayang Festival, Cuak dan KL24: Zombies.

Tiket berharga RM80 sudah mula dijual di www.shamaineothman.com. DPAC mempunyai kapasiti seramai 200 orang jadi kepada peminat-peminat komedi terutamanya Shamaine Othman, tempah tiket anda sekarang agar tidak ketinggalan.

Ikuti perkembangan terkini Shamaine Othman di media sosial seperti berikut, Instagram: @iamshamaine, Twitter: @shamaineothman, Tik-Tok: @foxymaine  dan Facebook: www.facebook.com/shamaineo. - Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 tahun yang lalu

Pelawak Joanne Kam Poh Poh Kembali Lagi Dengan Persembahan ‘La La Lian 2.0’ – Kali Ini Lebih Peribadi

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Jenaka Adalah Serius

3

Kolum 1 tahun yang lalu

'Mat Kilau' Dan Komedi Tanggal Pakaian

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Antara Lucu, Malu Dan Maruah Diri

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis