Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelawak Joanne Kam Poh Poh Kembali Lagi Dengan Persembahan ‘La La Lian 2.0’ – Kali Ini Lebih Peribadi

Selepas kejayaan ‘Stand-Up Comedy Show La La Lian’ empat tahun lalu, kini pelawak wanita terkenal Joanne kembali lagi dengan pementasan yang sama tetapi lebih ‘intimate’.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 6:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak wanita terkenal Malaysia, Joanne Kam Poh Poh bakal kembali dengan  ‘La La Lian’ selama 90 minit yang pernah mendapat pujian ramai!

Joanne akan tampil membuat persembahan itu semula di Pentas 1, Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC) pada 30 September dan 1 Oktober ini.

Sebelum ini Joanne pernah membuat persembahan yang sama pada tahun 2018 menerusi siri jelajah seluruh negara di mana kesemua tiket habis dijual di lima bandar utama.

Menurut Joanne, pementasan kali ini bakal menjadi pementasan yang paling peribadi buat dirinya kerana dia akan menceritakan sejarah hidupnya dari kecil hingga dewasa.

‘A One Woman Comedy Special La La Lian 2.0’ mengisahkan tentang Kam Poh Poh, seorang gadis yang kelihatan ganjil dan pemalu tetapi mempunyai hati yang besar serta selera makan yang lebih besar.

Perjalanan yang dilaluinya sejak membesar di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru yang membawa kepada kemasukannya ke dunia hiburan tatkala berhijrah ke Singapura. 

“Jadi, ini adalah tayangan semula rancangan One Woman 2018 saya dengan nama yang sama, La La Lian, tetapi versi yang diperluaskan, seperti versi Directors Cut’ kerana saya akan mengemas kini sedikit skrip. 

“Persembahan ini adalah berbentuk ‘stand-up comedy’. Dan akan menjadi persembahan paling peribadi yang pernah saya lakukan. 

“Saya akan bercerita tentang hubungan peribadi, tentang ibu bapa saya, tentang kelahiran anak perempuan saya dan banyak lagi. Ia akan bermula sejak saya dari bayi. 

“Bagaimana saya membesar dari tadika, ke sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Juga waktu saya meninggalkan Malaysia dan mula bekerja di Singapura seawal usia 19 tahun. 

“Saya mahu penonton tahu perkara yang sebenar tentang saya. Saya mahu mereka lebih mengenali serta memahami siapa diri saya yang sebenarnya di sebalik karakter saya yang mereka dilihat di atas pentas,” katanya kepada Getaran. 

Melakukan sebuah persembahan komedi seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula harus dipersembahkan secara langsung selama satu jam setengah di hadapan ramai penonton. 

Ditanya tentang persiapan menjelang persembahannya nanti, kata Joanne dia suka menyendiri sebelum memulakan persembahan.

“Saya suka bersendirian sebelum memulakan persembahan. Persembahan ini sangat teknikal, Jadi saya akan berdiri di satu sudut untuk fokus dengan apa yang akan saya lakukan. Sebaik sahaja lampu dipasang, I’m on!” kongsinya. 

Jika anda pernah menonton persembahan Joanne, anda pasti tahu imejnya yang sangat extravaganza dan penuh glamor dengan rambut palsu besar yang sememangnya sudah sinonim dengannya. 

Untuk persembahan kali ini, Joanne akan memakai dua persalinan serta telah menempah rambut palsu baharu dari Bangkok.

Selain berhibur bergelak ketawa menghilangkan tekanan, persembahan kali ini juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada gadis dan wanita kerana ia akan menceritakan tentang cara menangani isu berat badan, imej badan serta menggalakkan keyakinan diri. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan komedi istimewa ini bermula 30 September hingga 1 Oktober. Tiket boleh dibeli di  www.cloudtix.co/shows/la-la-lian . Persembahan ini hanyalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. – Getaran, 30 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 tahun yang lalu

Shamaine Othman Sudah Sedia Jayakan Stand-Up Komedi Solo, Bertema Wanita Bujang 40-An Sibuk Kerja

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Antara Lucu, Malu Dan Maruah Diri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hina Islam Di Kelab Komedi: Polis Tahan Seorang Lelaki

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Gelak:Gempak' Nafas Baru Komedi Spontan Tempatan

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 19 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran