web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Gelak:Gempak' Nafas Baru Komedi Spontan Tempatan

Bukan mudah untuk buat orang ketawa. Apa lagi secara konsisten, bijak dan spontan.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 12:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsep pelawak spontan secara solo bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara kita. Berasal dari konsep stand-up comedy dunia barat, pelbagai rancangan telah diterbitkan dan berjaya menghasilkan ramai bintang komedi berbakat.

Terbaru ‘Gelak: Gempak’ adalah sebuah program realiti yang merupakan hasil kerjasama Astro dan LOL Asia. Program realiti 10 episod ini berkonsepkan pertandingan pencarian bakat pelawak stand-up atau pelawak spontan.

Ia menawarkan hadiah lumayan di mana pemenang pertama pertandingan ini akan memenangi wang tunai bernilai RM25 ribu, manakala pemenang kedua dan ketiga akan membawa pulang RM 7 ribu dan RM 3 ribu setiap seorang beserta trofi sumbangan Astro. 

Juri profesional 'Gelak:Gempak' Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad bersama Douglas Lim
Juri profesional 'Gelak:Gempak' Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad bersama Douglas Lim

Para peserta diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada nama-nama terkenal industri komedi seperti Dato’ Afdlin Shauki, Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad. Siaran episod pertama dan kedua turut diikuti juri dan mentor jemputan, Harith Iskander dan Douglas Lim. Berdasarkan episod pertama dan kedua, para perserta dinilai berdasarkan tahap kreativiti, persembahan pentas dan juga isi kandungan jenaka. 

Juri dan mentor jemputan, Harith Iskander dan juri Dato' Afdlin Shauki
Juri dan mentor jemputan, Harith Iskander dan juri Dato' Afdlin Shauki

Untuk dua episod pertama ada beberapa peserta yang agak menyerlah. Salah seorang peserta yang berpotensi adalah Abdullah. Beliau pertama kali muncul pada uji bakat persendirian yang diadakan oleh Nabil Ahmad bersama juri jemputan, Douglas Lim di The Crack House. Di episod ini, beliau tidak diterima masuk sebagai peserta 'Gelak:Gempak'. Namun ia tidak menjadi penghalang buat Abdullah. Sebaliknya, ia telah membakar semangatnya untuk turut mengikuti uji bakat terbuka. Semasa uji bakat terbuka, beliau menunjukkan peningkatan pada persembahan pentas dan juga isi kandungan jenakanya.

Abdullah Mazlan
Abdullah Mazlan

Peserta-peserta lain yang mempunyai bakat yang menonjol dan kemahiran komedi yang hebat ialah Julianna Heng dan Bob. Semasa temu ramah, Julianna menyatakan bahawa dia tidak biasa bertutur di dalam Bahasa Melayu dan akan kekok membuat komedi spontan dalam Bahasa Melayu. Jika temu ramah ini tidak disiarkan di kaca televisyen, penonton tidak akan dapat tahu tentang fakta ini kerana beliau kelihatan yakin semasa persembahannya dan berjaya membuat penonton dan para juri ketawa. Daya penarik persembahan Julianna yang bersahaja adalah berlainan kerana komedi beliau dikaitkan dengan autism melalui pengalaman beliau sebagai sebagai seorang autistik.

Juliana Heng
Juliana Heng

Selain itu, Bob mempunyai pendekatan yang berbeza dengan dua pelawak di atas. Jenaka beliau sangat mudah difahami dan mesej jenaka tidak rumit. Ini membolehkan para penonton sentiasa terhibur sepanjang persembahan beliau.

Bob Usop
Bob Usop

Apa yang dapat disimpulkan adalah komedi spontan atau stand-up comedy harus mempunyai titik fokus komedi dan jalan cerita yang mudah difahami oleh para penonton. Ini sangat penting kerana jika penonton tidak memahami mesej atau konteks komedi yang disampaikan, mereka tidak akan ketawa dan tidak akan memberi respons kepada persembahan tersebut. Walaupun secara dasarnya, komedi boleh dilihat sebagai persembahan yang mudah, ia memerlukan banyak latihan untuk mencapai sasaran dan objektif iaitu membuat penonton geli hati dan ketawa. 

Segmen stand-up komedi biasanya mengambil masa 20 hingga 30 minit bagi setiap persembahan tetapi seorang pelawak perlu melalui pelbagai kegagalan sebelum beliau mencapai tahap kejayaan dalam persembahannya. Keseluruhan idea program ini diterbitkan dengan baik kerana objektifnya bukan saja untuk mempamerkan bakat pelawak terbaru di tanah air tetapi untuk memupuk minat masyarakat terhadap komedi sedemikian.

Secara ringkas, program realiti ini berjaya menunjukkan perbezaan antara komedi bersketsa dan komedi spontan secara solo. Ia sangat menghiburkan dan boleh ditonton oleh semua peringkat umur. 

'Gelak:Gempak' disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127). Program ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan on demand. - Getaran, 16 Februari 2021

Semua gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN