Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Antara Lucu, Malu Dan Maruah Diri

Kolumnis kami memberikan pendapatnya tentang isu yang sedang tular serta erti rasa malu yang seharusnya ada dalam tiap insan.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 2:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih hangat diperkatakan tentang perempuan bernama Siti Nuramira, Amy, (sengaja saya tidak mahu menulis nama penuhnya kerana kasihan ayahnya, dijaja sekali nama orang tua itu hah). Ya si perempuan ini yang mengaku menghafal 15 juzuk Quran. 

Kemudian tiada segan silu mencampakkan tudung yang sengaja dibalut di kepalanya, menanggalkan baju kurungnya satu persatu sehingga hampir bogel di khalayak, lebih tepat di Crackhouse Comedy Club TTDI.

Amy sudah pun dibawa ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhannya menghina Islam - Gambar Fail
Amy sudah pun dibawa ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhannya menghina Islam - Gambar Fail

Tidak cukup itu, dia memberitahu sudah kahwin tapi punya tujuh kekasih. Ya, eh geli, jijik dan ada menambah ‘betul lah dia perempuan saja..’ cukup untuk kita tambah dosa kerana dia.

Dalam satu videonya, dia dengan bangga bercerita asal-usulnya; budak Kuala Kangsar Perak, yang sejak umur lima tahun sudah bertudung. Masuk sekolah tahfiz dan hafal quran sampai 15 juzuk dan kemudian buka tudung dan sebagainya, malah membenarkan siapa sahaja untuk bertanya lebih lanjut akan dirinya (merasa dirinya selebriti pulak).

Nampak dia begitu bangga akan dirinya, yang tinggi ilmu agama, so apa yang kau orang kecoh sangat?

Si Amy sudah pun diheret ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhannya menghina Islam. Kita tunggu pengakhir ceritanya dan biar mahkamah yang menghukumnya. 

“Perhiasan terbaik seorang wanita adalah rasa malunya.” Saidina Fatimah binti Muhammad SAW.

“Perhiasan terbaik seorang wanita adalah rasa malunya.” - Gambar hiasan
“Perhiasan terbaik seorang wanita adalah rasa malunya.” - Gambar hiasan

Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Malu itu sebagai tanda harga diri. Malu berkaitan dengan maruah dan air muka seseorang. Orang yang tahu malu tidak akan membuat sesuatu yang luar daripada peradaban hidup. 

Dia menjaga sebaik maruahnya, ini termasuk tutur kata, tingkah laku dan penampilannya. (Begitu pun penampilan ini subjektif); sopan berpakaian dalam Islam dan bukan Islam berbeza, pun begitu pada bangsa apa pun bila mendedahkan hampir bogel di khayalak, lebih-lebih dalam keadaan bertutup kemudian membukanya dengan bangga, itu adalah satu perbuatan keji dan amat kurang ajar. 

Bayangkan seorang gadis India yang bersari, kemudian menarik dan mencampakkan sarinya tadi, yang tinggal baju dan seluar dalam. Jelas perbuatannya itu menghina budaya kaumnya dan itu adalah satu kesalahan yang amat besar.

Bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan malu, dia akan membuka aibnya sendiri (contoh si Amy). Aib ini sangat berkait dengan penghinaan, lebih-lebih lagi bila mengaibkan diri sendiri, hinanya dia di sisi masyarakat, bangsa dan terlalulah dia hina di mata Allah. 

Rasa malu adalah pengendali nafsu. Rasa malu mencegah kita daripada perbuatan melampaui batas. Tanpa rasa malu, manusia tidak memiliki kawalan diri, berbuat apa sahaja dengan melakukan perbuatan tercela, sia-sia dan merugikan diri sendiri. Hati yang hidup adalah hati yang dihiasi oleh rasa malu yang sempurna.

Hati yang hidup adalah hati yang dihiasi oleh rasa malu yang sempurna - Gambar hiasan
Hati yang hidup adalah hati yang dihiasi oleh rasa malu yang sempurna - Gambar hiasan

Jadi ibu ayah dan pengusaha pusat tahfiz dan sebagainya, ambillah iktibar daripada kisah si Amy ini.

Paling utama adalah mengenalkan mereka siapa diri, arah tujuan hidup di dunia dan akhirat. Jiwa mesti dibentuk terlebih dulu untuk mengenal Allah. Jiwa mesti dipupuk dengan sifat terpuji, tidak membenci juga tidak mudah dipengaruhi. 

Bila sekadar diajar menghafal misalnya, tanpa kefahaman akan ilmu yang dihafal itu, dan bila hafalan itu tidak dipraktikkan selalu, ia kan lenyap begitu sahaja.

Sebaliknya bila disuntik dengan kefahaman disertakan dengan keindahan setiap yang dipelajari, maka ia akan hidup selamanya dalam jiwa raganya. Dia akan merasai nikmat ilmu yang dipelajari sebenarnya. 

Dia tidak akan sama sekali menjatuhkan maruah dia dan keluarga terutama ibu bapanya sendiri. Maruah itu harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah tiadalah harga. Biar hidup miskin, biar melarat tetapi harga diri mesti dijaga.

Tidak guna kaya, tidak guna ilmu yang tinggi, berjawatan besar tetapi tiada maruah. Orang yang tidak bermaruah diibaratkan seperti binatang liar, maka kalau sifat seperti binatang siapa yang akan hormat?  

Biar hidup miskin, biar melarat tetapi harga diri mesti dijaga - Gambar hiasan
Biar hidup miskin, biar melarat tetapi harga diri mesti dijaga - Gambar hiasan

Cerita Amy mengembalikan ingatan saya kepada seorang teman. Ceritanya masa lampaunya daripada kecil hingga remaja dia tonggang-tonggek bersolat.

Katanya dia tidak dibenarkan tinggal walau sewaktu pun. Berpuasa penuh sejak kecil dan mengaji Quran, malah sehingga tamat pun masih mengaji. Akuinya dia tidak pun tahu mengapa dan kenapa dia mesti melakukannya kecuali dibuat kerana dipaksa. 

Tiada roh yang disuntik di dalam jiwanya, tiada hikmah yang dirasai akan perbuatannya malah rasa diperbodohkan menahan diri dari lapar dan dahaga waktu berpuasa, juga membuang masa mengaji dan menghafal surah-surah tertentu.

“Aku ke Palestin melawat masjid Al Aqsa sebab aku nak tengok rupanya macam mana? Dan, sebab nama aku nama Melayu, tercatat beragama Islam, aku dibenarkan masuk ke Makkah.

“Jadi you dah buat umrah?” “Nope, aku ke sana sekadar hendak tengok sendiri Kaabah. Pada aku ia cuma sebuah kotak hitam besar, bertulis ayat-ayat Quran. Lepas tengok, aku keluar Makkah dan sambung melancong.” 

Jiwa mesti dibentuk terlebih dulu untuk mengenal Allah SWT - Gambar hiasan
Jiwa mesti dibentuk terlebih dulu untuk mengenal Allah SWT - Gambar hiasan

Ya bila jiwa kosong, dia tidak nampak kebesaran Allah. Bila ia kontang, dia buta untuk melihat kesucian dan keindahan agama yang sejak kecil diajar.

Dalamannya tidak dididik untuk mengenal Allah. Malah katanya dia benci kepada neneknya (yang menjaganya), yang asyik memaksa dan mati si nenek pun, dia tidak sudi untuk ziarah jenazah.

Jadi agama kamu apa?

I can be anything,” jawabnya.

Kalau kamu meninggal kamu hendak dikebumikan di mana?

“Mana aku tahu, sebab aku dah mati, up to them?

“Well aku tidak kisah pun, di jirat Cina pun okay, dibakar pun boleh, dah mati pun.”

Cuma baiknya si teman ini, dia tidaklah menghina mana-mana bangsa dan agama malah saya percaya kalau dia melihat video Amy yang dirakamkan oleh si Alex teman lelakinya, dia pasti marah bukan ketawa, sebab yang pasti tak lucu langsung.

Pada saya, “Comedy is about fun and humour not about insulting race and religion.”- Getaran, 16 Julai 2022

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 tahun yang lalu

Pelawak Joanne Kam Poh Poh Kembali Lagi Dengan Persembahan ‘La La Lian 2.0’ – Kali Ini Lebih Peribadi

2

Budaya 1 tahun yang lalu

Shamaine Othman Sudah Sedia Jayakan Stand-Up Komedi Solo, Bertema Wanita Bujang 40-An Sibuk Kerja

3

Kolum 1 tahun yang lalu

September Bulan Fesyen - Artis Bukanlah Model! 

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Pinjam Dan Pamer, Inilah Hidup Tipu-Tipu

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan