Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


September Bulan Fesyen - Artis Bukanlah Model! 

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 4:00PM

Memiliki jutaan peminat dan pengikut di media sosial bukan penentu untuk berada di pentas peragaan - Gambar Andrews Models Agency

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di Barat kini sedang berlangsung pertunjukan fesyen. Semalam, 9 September 2022, (saat saya menulis), sedang berlangsung New York Fashion Week Spring/ Summer 2022 bermula dari 9 September hingga 14 September. 

Antara rekaan menarik dipertontonkan di New York Fashion Week Spring/ Summer 2022. - Gambar AFP
Antara rekaan menarik dipertontonkan di New York Fashion Week Spring/ Summer 2022. - Gambar AFP

Sementara pada 16 hingga 20 September akan berlangsung Minggu Fesyen London Musim Bunga/Panas 2023 diikuti pula Minggu Fesyen Milan pada 20 hingga 26 September dan bersambung di Paris pada 26 September hingga 4 Oktober.

Minggu fesyen ialah majlis industri fesyen, berlangsung lebih kurang seminggu, di mana pereka fesyen, jenama-jenama fesyen atau rumah fesyen mempamerkan koleksi terbaharu mereka kepada ‘pembeli atau disebut ‘buyer’ dan media. Pertunjukan inilah yang akan mempengaruhi trend akan datang sebelum musimnya tiba.

Sejenak fikiran saya melayang mengembalikan kenangan manis di tapak-tapak fesyen dunia. Ya, dari New York ke London, terus ke Paris dan meneruskan langkah ke Milan. Serancak pertandingan, begitulah langkah kami warga Editor yang berpeluang dijemput duduk di kerusi berdepan pentas peragaan, melayan mata dari satu jenama ke satu jenama, di merata lokasi. Semua melambangkan ‘keperibadian’ jenama mereka sendiri. 

Ketika cuaca di London, Paris mahupun Milan sejuk, dan bibir yang kadangkala menggeletar, dan diri dibaluti dengan trench coat tebal, di pentas pertunjukan pula pakaian-pakaian yang nipis.

Aktres A-Lister, Zendaya sering menjadi wajah jenama terkemuka dunia, namun beliau bukan model di pentas peragaan. - Gambar Instagram Zendaya
Aktres A-Lister, Zendaya sering menjadi wajah jenama terkemuka dunia, namun beliau bukan model di pentas peragaan. - Gambar Instagram Zendaya

Adanya yang jarang dan lengan serta kaki panjang sang peragawati jelas kelihatan. Sesuai musim untuk fesyen yang dipentaskan, cuaca di tapak peragaan juga panas dan diri yang dibaluti baju tebal berlapis, adoi berpeluh-peluh dibuatnya. Begitu juga pada bulan Februari, pertunjukan untuk musim luruh/sejuk dan diri dibaluti tanpa trench dan kot, pengalaman yang tidak melucukan. 

Saya terkenang ketika berada di London di minggu fesyen yang berlangsung, peluang di sini digunakan juga untuk kami membuat penggambaran fesyen. Nah di ketika udara yang sejuk amat, fesyen digunakan pula musim bunga/panas dan bayangkan bila berada di lokasi luar, such a crazy experience

Saya teringat di London bersama Kavita, biru bibir Kavita menahan sejuk. Dan di Paris kami membawa Camilia, aduh, di musim bunga (bulan Februari berlangsung minggu fesyen luruh/sejuk), berpeluh jugalah dia dalam lapisan baju-baju yang membaluti diri.

Dan kenangan paling indah adalah ketika membuat penggambaran fesyen bersama Tinie. Saya teringat betapa rumah fesyen Chanel begitu ketat tentang pemilihan siapa yang bakal membaluti badan mereka untuk himpunan jenamanya. Dua tiga nama dihantar, nah ditolak mentah-mentah. 

Walau ‘model’ yang dipilih paling terkenal, walau dia punya ribuan peminat dan pengikut, itu semua bukan fakta penting. Tidak sembarangan orang dibolehkan memakai pakaian mereka di pentas mahu pun untuk penggambaran. Mereka mahu yang body perfect

Supermodel terkemuka negara, Tinie masih aktif di pentas peragaan. - Gambar Andrews Models Agency
Supermodel terkemuka negara, Tinie masih aktif di pentas peragaan. - Gambar Andrews Models Agency

Dan siapa lagi yang paling layak untuk dibawa ke kota Paris ketika itu? Tentulah Tinie. Saat biodatanya dihantar, dan dia terus diterima menjadi penghias fesyen jenama mereka. Tidak ada pun peragawati Malaysia berpeluang memperagakan fesyen Chanel di ruang 31 Rue Cambon dan di Place Vendome kecuali Tinie, satu-satunya individu model diberi peluang bergaya di dalam dua bangunan penuh bersejarah ini.

Dan sebenarnya ramai keliru, bahkan pereka fesyen kita di sini pun tidak beberapa mengambil perhatian. Kebanyakan artis bukan model. Betul muka cantik, dan juga follower berjuta. Tetapi mereka tidak tinggi dan tidak berbadan langsing.

Menariknya mereka hendak juga menggunakan orang ini untuk melewati pentas peragaan dan untuk penggambaran fesyen jenama mereka. Maka, hasilnya tidaklah menjadi. Jangan benarkan artis yang tiada badan dan tidak tinggi seperti model ‘catwalk’ khasnya kerana ia akan mencacatkan pertunjukan.

Baju yang indah tadi tidak terletak cantik di badan, sendat mahupun berjela-jela… ada yang marah bila editor (khasnya untuk hasilan majalah) berkeras mahukan model dan mereka juga berkeras mahu menggunakan artis kesayangan mereka. 

Baju dibuat mengikut saiz standard model. Hah, bila gambar diambil mereka marah kerana selebriti nampak gemuk dan tidak cantik, mahu terus diminta kecilkan dan kurus badan, ditinggikan kerana nampak pendek dan sebagainya.

Adoi, boleh sakit jiwa jurugambar dan stylist.

Ramai beranggapan fizikal yang tinggi lampai tiket utama menjadi model, namun ia masih belum mencukupi. - Gambar  Andrews Models Agency
Ramai beranggapan fizikal yang tinggi lampai tiket utama menjadi model, namun ia masih belum mencukupi. - Gambar Andrews Models Agency

Menyebut Tinie, ya sehingga kini dia ligat di pentas peragaan, baik di negara sendiri mahupun diajak untuk melewati pentas-pentas fesyen di luar negara. Dia kebanggaan kita yang terbabit secara langsung dan tidak langsung.  

Dua tahun ketika pintu dunia fesyen ditutup untuk sebarang pertunjukan, Tinie sebenar masih bergelut dengan dunia yang menjadi periuk nasinya. Secara ringkas, dia mendekatinya dengan tekun mempelajari ilmu pemasaran, pengurusan, kewangan, sosial media dan khasnya ilmu psikologi. 

Kerana melayan kerenah model katanya bukanlah mudah, disiplin paling penting. “Ramai ingat kalau tinggi langsing boleh jadi model, oh tidak, itu masih tidak cukup. Sebab masalah disiplin yang paling utama. Bila model tidak datang rehearsal, bila model tidak cukup tidur, bila model tidak menjaga diet, dan tidak bersenam serta berperangai buruk, semua itu mencacatkan persembahan dan merosakkan imej industri ini,” kata Tinie.

Malah sebelum pandemik melanda dunia, dia sudah lama bercadang untuk punyai akademi fesyennya sendiri, dan kini cita-cita terkabul. Dua tahun yang penuh cabaran itu digunakan sepenuhnya. “Masa itu ramai peragawati mengeluh, no event, no show and no money. Saya tahu ramai terkesan tetapi hidup mesti diteruskan.

“Saya mengajak mereka melengkapkan diri dengan ilmu fesyen, mengajak mereka mengadakan perniagaan online, mengajar mereka untuk celek IT dan belajar jadi lebih bijak mengendalikan kewangan. Saya tahu ketika masa senang ramai lupa, tidak menyimpan, nah bila musibah menimpa mereka hilang punca,” katanya. “Itu sebab perlu sentiasa beringat sebelum kena.”

Dan setelah beberapa tahun masa berlalu, kami diketemukan semula. Saya berkesempatan bekerjasama dengan Tinie sekali lagi. Tanggal 22 Oktober 2022 akan tercatat sejarah luar biasa. In Sha Allah  kerana seramai 30 peragawati di bawah pimpinannya akan tampil di pentas peragaan terbesar bakal diadakan yakni di dewan Perdana IOI City Mall di Putrajaya, dewan yang boleh memuatkan 2000 tetamu.

Tiga Supermodel yang pernah menghangatkan pentas peragaan dalam dan luar negara (dari kiri) Amber Chia, Kavita Sidhu dan Tengku Azura. - Gambar Instagram @Kavita_Sidhu
Tiga Supermodel yang pernah menghangatkan pentas peragaan dalam dan luar negara (dari kiri) Amber Chia, Kavita Sidhu dan Tengku Azura. - Gambar Instagram @Kavita_Sidhu

Istimewanya di pentas peragaan ini akan menemukan juga artis-artis kesayangan ramai seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Noryn Aziz, Amy Search dan ramai lagi. Ketika lagu-lagu didendangkan, peragawati melewati pentas peragaan. 

Majlis ini bertujuan mengembalikan kegemilangan fesyen dan menghidupkan kembali dunia seni yang malap asbab pandemik. Penganjur yakni PVRTM (Persatuan Veteran RTM, penaung DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman) bertujuan mengumpul dana untuk ahli-ahli mereka.

Adanya sedang ditimpa musibah, adanya tiada lagi pendapatan selepas bersara. Semoga hasrat murni PVRTM berjaya direalisasikan. Kepada anda di luar sana marilah kita sambut baik usaha murni ini sebagai penaja bersama mahupun menempah tiket ke majlis ini.

Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi meringankan beban yang ditanggung bekas kakitangan RTM dan ahli bersekutunya yang terdiri daripada artis-artis. Perlu diingatkan ramai artis menjadi popular dan kaya raya kerana diberikan peluang RTM muncul di dalam rancangan terbitan. Inilah masanya anda membalas jasa mereka.

Dan kepada para artis juga, presiden PVRTM, Puan Zohara Gany menyeru anda menjayakan majlis amal ini. Jom, menyumbang demi kelangsungan hidup para ahli yang terkesan pada usia yang hampir ke penghujung. 

Katanya, ramai memerlukan wang untuk pembiayaan perubatan. Anda boleh hubungi PVRTM mahupun saya mewakil majalahwm yang menjadi official magazine untuk majlis amal ini.  Selamat menderma sambil melayan mata dan telinga pada pentas ‘The Cloth Concert’ pada 22 Oktober 2022, jam 8 malam.  - Getaran, 10 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA