web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 7:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang,

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula mengambil tindakan drastik dengan menyiasat tokoh-tokoh ternama serta individu berpengaruh yang disyaki terbabit rasuah.

Malah, ada antara mereka ini sudah didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman kerana terbukti terbabit rasuah.

Saudara Pengarang,

Tindakan SPRM ini juga bertepatan dengan hasrat rakyat yang mahu 'jerung-jerung' ini disiasat dan didakwa jika terbukti terbabit rasuah.

Ini juga kerana ada beberapa soalan 'sembang kopi' yang membelenggu masyarakat mengenai bagaimana mereka mampu mengumpul kekayaan luar biasa sedangkan negara juga 'bergelut' untuk meningkatkan kadar pendapatan negara setiap tahun ditambah krisis kewangan dunia selain rakyat yang berdepan peningkatan kos sara hidup saban tahun.

Siasatan ke atas individu-individu ini juga berkait rapat dengan pendedahan bahawa mereka memiliki harta yang melampau banyaknya dan hidup mewah.

Baru-baru ini juga, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad acap kali mengeluarkan kenyataan membela anak-anaknya susulan siasatan dijalankan SPRM.

Amat pelik apabila Tun M ini mempertikaikan siasatan dijalankan SPRM sedangkan beliau juga yang memperjuangkan konsep Rule of Law sebaik parti komponen dibawah pimpinan beliau memenangi pilihan raya umum ke-18.

Apa yang menjadi kemusykilan, sebagai rakyat saya sendiri menjadi ragu-ragu sama ada Tun M ini yang pernah menjadi orang nombor satu dalam pentadbiran negara bagi tempoh yang lama, memahami konsep Rule of Law yang beliau sendiri canangkan.

Atau, Tun M mula berpura-pura kurang bijak apabila anaknya yang disiasat. Takkan beliau tidak tahu, siasatan mana-mana agensi penguat kuasa bukan satu bentuk hukuman kerana hukuman ditentukan oleh mahkamah.

Sesiapa yang didakwa di mahkamah mempunyai hak untuk membela diri dan seseorang itu kekal tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Kepada Tun M, bertenanglah. Anda orang terpelajar, tak perlu takut dengan siasatan ini kerana Malaysia bukan mengikut hukum rimba melainkan jika takut siasatan dijalankan akan menyingkap sesuatu yang mungkin terselindung sekian lama. 

Ahmad Ibrahim Hussein
Alor Setar, Kedah

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Selangor Perlu Bijaksana: Periuk Nasi Rakyat Jangan Dijadikan Korban

2

Kolum 3 bulan yang lalu

Jika Ini Benar, Maka Kriket Malaysia Memasuki Wilayah Berbahaya!

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Lembaga Keamanan Trump Bukan Inisiatif Perdamaian

4

Kolum 6 bulan yang lalu

Malaysia Adalah Untuk Semua Tanpa Prejudis 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM