web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Islam Di Kelab Komedi: Polis Tahan Seorang Lelaki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:00AM

Peguam, Ramkarpal Singh hadir di IPD Dang Wangi berhubung reman Rizal Van Geyzel - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki semalam, bagi membantu siasatan berhubung penularan dua klip video di sebuah kelab komedi yang didakwa menyentuh sensitiviti dan berbaur berkauman.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JST) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang cenderung menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Noorsiah berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, selepas siasatan dari segala sudut selesai.

“Siasatan masih dijalankan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta kenyataan yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, pemilik bersama sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Rizal Van Geyzel ditahan polis dan perkara itu disahkan peguamnya, Ramkarpal Singh.

Beliau menegaskan, Rizal ditahan selama 24 jam susulan penularan tiga klip video didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi tersebut.

Menurut beliau, anak guamnya akan dihadapkan ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi ini bagi mendapatkan perintah reman agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan polis.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung, memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’ yang dipercayai berlangsung di sebuah premis hiburan.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka tudung serta baju kurungnya.

Susulan video yang menerima kecaman pelbagai pihak itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

Isu tersebut semakin hangat apabila ia menerima kecaman pelbagai pihak, selain membawa kepada perkongsian beberapa video memaparkan bahawa Rizal Van Geyzel turut membuat persembahan di premis hiburannya itu dengan memperlekeh dan menghina Islam serta kaum Melayu. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perniagaan Dibatal, Pemilik Crackhouse Tarik Semula Permohonan Cabar DBKL

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad