web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bazar Ramadan TTDI Tawar Pembelian Juadah Berbuka Secara Digital #TechMeToBazaar

Pengunjung disajikan dengan pelbagai mod pembayaran digital untuk pembelian juadah buka puasa mereka khusus di bazar Ramadan TTDI.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 9:11AM

Dengan adanya kaedah pembelian secara digital, pengunjung yang hadir tidak perlu lagi bimbang sekiranya mereka tiada wang tunai untuk membeli juadah buka puasa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembayaran secara online atau melalui sistem imbas kod QR sudah sinonim bagi kebanyakan rakyat Malaysia sejak COVID-19 melanda Malaysia terutamanya dalam soal membeli belah.

Sempena bulan puasa ini, Tech Hunter Global Sdn Bhd (Tech Hunter) telah memperkenalkan sebuah kaedah pembelian secara digital khusus di bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).  

Ia menawarkan dan dan memberi peluang orang ramai untuk merasai pengalaman jual beli juadah berbuka secara kreatif dengan tagline #TechMeToBazaar. 

Wah, untunglah orang-orang TTDI dan kawasan persekitarannya kerana berpeluang untuk cuba gunakan kaedah tersebut. 

Pengunjung boleh melakukan pembayaran menerusi pelbagai mod digital seperti e-dompet, kad debit dan kad kredit - Gambar ihsan Tech Hunter
Pengunjung boleh melakukan pembayaran menerusi pelbagai mod digital seperti e-dompet, kad debit dan kad kredit - Gambar ihsan Tech Hunter

Menerusi kaedah ini, pengunjung boleh melakukan pembayaran menerusi pelbagai mod digital seperti e-dompet. Malah kad kredit dan kad debit juga turut boleh digunakan untuk pembelian di bazar ini. 

Jadi, pengunjung bukan saja dapat gunakan kaedah imbas kod QR, bahkan mereka boleh ‘wave’ kan kad mereka di setiap gerai untuk pembayaran.

Pengunjung juga tidak perlu risau tentang kestabilan atau kesesakan talian telefon pintar semasa membuat pembayaran.

Pengujian rangkaian Yes 5G turut dilaksanakan di bazar tersebut dan telah memastikan rangkaian 5G boleh diakses oleh kedua-dua peniaga bazar dan pelanggan. Jadi orang ramai boleh menikmati keterhubungan yang lancar, kelajuan Internet yang pantas dan kependaman ultra-rendah menerusi Yes 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Tech Hunter, Jenson Wong berkata, kemajuan penggunaan teknologi e-dompet sudah semakan maju dan menyeru rakyat Malaysia untuk manfaatkanya dalam kehidupan secara digital.

"Kita telah saksikan sendiri kepesatan penggunaan e-dompet beberapa tahun kebelakangan ini yang telah melonjakkan minat rakyat Malaysia untuk melaksanakan transaksi non tunai.

“Bazar Ramadan sudah menjadi sebahagian daripada norma rakyat Malaysia, dan kami tahu inilah masa yang terbaik untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan secara digital,” jelasnya

Secara tidak langsung juga, pengunjung yang hadir tidak perlu lagi bimbang sekiranya mereka tiada wang tunai untuk membeli juadah buka puasa. Bazar ini dibuka seawal jam 3.00pm, mulai 23 Mac sehingga 21 April dan mensasarkan 200,000 pengunjung tahun ini. - Getaran, 2 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 9 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad