web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Top Glove Akan Dapatkan Penjelasan Berhubung Rampasan Sarung Tangan Di AS

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 7:58PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Top Glove Corp Bhd di Amerika Syarikat (AS) dalam proses perbincangan dengan wakil Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS untuk mendapatkan penjelasan mengenai larangan import terkini yang dikeluarkan CBP terhadap semua sarung tangan pakai buang dari kilang Top Glove di Malaysia.

CBP pada Isnin mengarahkan kakitangannya di kesemua pintu masuk pelabuhan AS untuk memulakan rampasan sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan Top Glove berikutan pembuat sarung tangan getah terbesar dunia itu dipercayai menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan sarung tangan pakai buang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Top Glove berkata pada masa ini, syarikat itu tidak dapat memastikan jumlah impak kewangan dan operasi akibat rampasan barangan itu.

“Syarikat ini akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menangani isu ini (buruh paksa) dan akan membuat pengumuman sewajarnya yang diperlukan apabila ada perkembangan selanjutnya,” katanya.

Pada Julai tahun lepas, CBP mengeluarkan perintah melarang import daripada dua anak syarikat Top Glove kerana disyaki menyalahgunakan tenaga buruh.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah menghantar laporan yang disediakan perunding antarabangsa bebas yang dilantik untuk menilai amalan perdagangan dan buruh syarikat itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2021, perunding bebas itu melaporkan perkembangan selanjutnya dan mendapati sehingga Januari 2021, tiada buruh paksa sistemik dalam kumpulan itu.

Pada rehat tengah hari, saham Top Glove susut 4.36 peratus kepada RM4.83 dengan 40.44 juta saham diniagakan. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad