web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 4:27PM

Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini - Gambar ihsan Tabung Haji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata pergerakan secara berperingkat itu bermula pukul 7 pagi waktu Arab Saudi, melibatkan jemaah dari tiga bangunan penginapan iaitu di Abraj Al Janadriyah, Qsar Al Janadriyah dan Land Premium serta jemaah haji pakej.

“Lembaga Tabung Haji (TH) dan Syarikat Tewafa Asia Tenggara telah menyediakan 17 bas bagi membawa kira-kira 2,500 jemaah haji untuk setiap maktab dan pergerakan itu dibuat secara tiga pusingan (tiga waktu berlainan).

“Urusan membawa jemaah dari Makkah ke Arafah dijangka selesai sebelum pukul 10 malam bagi pergerakan 8 Zulhijjah,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dijangka akan menyampaikan khutbah Arafah di khemah jemaah haji.

Menurut Syed Saleh jemaah haji tahun ini bertuah kerana kerajaan Arab Saudi telah melakukan pelbagai penambahbaikan termasuk penyediaan tilam dan bantal di khemah penginapan, serta bekalan elektrik disambung secara terus tanpa menggunakan ‘genset’ untuk memastikan ia lebih baik dan stabil.

Selain itu, beliau berkata bagi pergerakan ke Muzdalifah, bas akan bersedia di Arafah pada pukul 6 petang dan jemaah mula menaiki bas setengah jam selepas itu untuk bergerak ke sempadan Arafah.

“Bas akan bergerak dari Arafah ke Muzdalifah sebaik sahaja azan maghrib berkumandang pada pukul 7.08 malam. Jemaah haji kemudiannya akan bermabit di Muzdalifah sehingga pukul 11.45 malam,” katanya.

Bagi pergerakan ke Mina pula, bas pertama dijangka bergerak dari Muzdalifah pada pukul 11.45 malam dan berdasarkan perancangan awal, urusan pergerakan jemaah haji di Muzdalifah dijangka selesai  pukul 6 pagi Sabtu.

“Mereka akan berada di Mina untuk bermalam dan melontar di tiga jamrah. Semasa berada di Mina pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi masa sepanjang berada di situ seperti berzikir dan ceramah.

“Untuk melontor mereka akan bergerak dari khemah ke jamrah yang jaraknya kira-kira 10 kilometer pergi dan balik. Jemaah haji akan bergerak pada waktu malam bagi mengelakkan cuaca panas dan sepanjang pergerakan akan ada petugas menunggu di kawasan tertentu untuk memberi pandu arah,” katanya.

Syed Saleh berkata kesemua jemaah telah diberi taklimat lebih awal mengenai pergerakan yang akan berlaku sepanjang operasi di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Katanya pergerakan dan suasana semasa operasi masyair adalah sesuatu yang amat mencabar dan berharap jemaah haji bersedia dari segi mental dan fizikal.

Sementara itu, bagi jemaah yang sedang dirawat di Pusat Rawatan TH Syisyah dan Hospital Arab Saudi, mereka akan dibawa wukuf di Arafah dengan menggunakan ambulans sekiranya mendapat kebenaran daripada doktor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad