web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerja 4 Hari Seminggu: Adakah Pekerja Kita Sedia Bertugas 12 Jam Sehari?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 8:06PM

Mohd Effendy - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adakah pekerja di negara ini bersedia bertugas lebih lama, sekiranya Malaysia melaksanakan dasar empat hari bekerja dalam seminggu?,” soal Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani.

Beliau berkata, Akta Kerja 1955 ketika ini, memperuntukkan waktu bekerja adalah selama 48 jam seminggu.

Menurutnya, jika dibahagikan tempoh 48 jam itu kepada empat hari, dianggarkan pekerja perlu bertugas selama 12 jam sehari.

“Ini tidak termasuk kerja lebih masa. Walaupun ada tiga hari untuk berehat, apabila bekerja empat hari dengan jumlah waktu panjang sehingga 12 jam, ia akan menyebabkan kesan dari segi produktiviti dan prestasi kerja akan menurun.

“Sebab keadaan bekerja itu terlampau panjang. Kalau kita hendak bandingkan dengan Belgium dan Kanada, mereka bekerja antara 35 hingga 40 jam.

“Jadi kalau mereka (pekerja di Belgium dan Kanada) bekerja empat hari seminggu pun, kalau katakan mereka bekerja 40 jam paling lama dalam seminggu dan dibahagikan kepada empat hari, mereka bekerja 10 jam sahaja sehari,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Pindaan Akta Kerja 1955 yang memendekkan tempoh bekerja seminggu daripada 48 jam kepada 45 jam akan mula berkuat kuasa September depan.

Terdahulu, media melaporkan, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), menyifatkan waktu bekerja empat hari seminggu sebagai tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia buat masa ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, CUEPACS berpandangan kerajaan hanya merugikan sumber dan membuang masa, sekiranya berhasrat membuat kajian kebolehlaksanaan berkenaan perkara itu.

Katanya, kerajaan pada hakikatnya perlu lebih fokus kepada isu pekerjaan dan usaha sudah diumumkan, tetapi masih pada peringkat kajian atau tidak dilaksanakan walaupun dikuat kuasakan.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, cadangan pelaksanaan empat hari bekerja itu sesuai dipratikkan beberapa industri sahaja.

Jelas beliau, pihaknya turut melahirkan kebimbangan terhadap pelaksanaan cadangan tersebut, termasuk berlaku kesan negatif kepada golongan pekerja, seperti pemotongan gaji dan elaun.

Justeru beliau berkata, semua pihak termasuk majikan, pekerja dan kerajaan perlu memperhalusi cadangan tersebut terlebih dahulu, termasuk mempertimbangkan implikasi negatifnya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin Abdul Wahab berkata, cadangan bekerja empat hari seminggu itu tidak merangkumi anak kapal dan kru kabin secara umum, namun secara holistik ia tetap dilihat baik.

Beliau berkata, cadangan itu boleh mengurangkan stres pekerja, terutama bagi mereka yang terpaksa menempuh kesesakan trafik teruk kerana berulang alik ke tempat kerja.

“Anak kapal kabin tidak terlibat dalam jadual empat hari ini kerana jadual kita tanpa henti, iaitu 24 jam, 365 hari setahun.

“Kita lain. Dan tidak boleh kata dapat ikut empat hari seminggu. Ia mustahil. Tetapi ada kalanya pekerja kita dijadual bekerja di ofis, jadi kita pun melihat dari segi aspek begitu.

“Jadi seharian mereka berulang alik dan membuang masa atas sebab masalah kesesakan di kota, terutama di Kuala Lumpur yang akan menyebabkan stres tinggi,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad