web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Baling: Seramai 334 Mangsa Banjir Dari 9 Kampung Dipindahkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 9:03AM

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di sini dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata setakat ini, sebanyak 85 rumah dilaporkan terjejas ekoran bencana yang berlaku kira-kira 4 petang semalam itu.

“Selain itu, seramai 1,008 pelajar di Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah yang turut terkesan dalam bencana itu berada di sekolah tersebut ketika kejadian dan berada dalam keadaan baik.

“Keadaan air di sekolah itu juga telah surut cuma keadaan kawasan sekitar sekolah yang masih berlumpur,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai di sini awal pagi ini.

Beliau berkata operasi pemindahan penduduk yang terjejas berjalan lancar dengan penglibatan pelbagai agensi selain penduduk kampung yang turut membantu.

Selain itu katanya, semua keperluan termasuk makanan, selimut dan bantal turut disediakan sebaik mungkin oleh agensi berkaitan dan pihak lain yang menghulurkan bantuan di pusat-pusat pemindahan.

Katanya, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri yang akan dipengerusikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diadakan pada pagi ini bagi menentukan tindakan lanjut dalam membantu mangsa yang terjejas selain usaha menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.

“Kita akan kemas kini mengenai kedudukan mangsa-mangsa, sebab ramai mangsa yang minta dengan kita untuk mereka balik ke rumah kerana air sudah surut dan mereka mahu membersihkan rumah dan tengok harta benda mereka.

“Tapi kita akan lihat dulu dari segi keselamatan sebelum saya bagi keputusan untuk benarkan mereka balik. Sebab mengikut ramalan cuaca esok (hari ini) juga akan hujan. Jadi kita akan bincang dalam mesyuarat MKN negeri dan akan putuskan selepas itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad