web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman Dr Zakir Naik Terhadap Kulasegaran Selesai Secara Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 7:03PM

Dr Zakir Naik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan pendakwah bebas Dr Zakir Naik terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran selesai secara baik tanpa perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir berkata terma-terma dalam perintah persetujuan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, namun ia tidak boleh didedahkan.

“Pada prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin telah merekodkan perintah persetujuan itu. Kes saman itu berjaya diselesaikan secara baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Peguam K.Shanmuga yang mewakili Kulasegaran mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, kes itu telah ditetapkan untuk perbicaraan pada 26 dan 27 Jun tahun ini.

Pada 27 Nov 2019, Dr Zakir memfailkan saman itu terhadap Kulasegaran berhubung kenyataan ahli politik tersebut yang didakwa telah mengundang kecaman awam terhadapnya dan menggambarkan beliau sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Dalam pernyataan tuntutannya, selain pampasan dan ganti rugi daripada Kulasegaran, Dr Zakir turut memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi melarang defendan menerbit serta menyebarkan empat artikel yang didakwa berbaur fitnah.

Zakir turut menuntut permohonan maaf dikeluarkan oleh defendan serta disiarkan di akhbar dan portal berita secara dalam talian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis diserahkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Politik 2 tahun yang lalu

Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Muhyiddin Tidak Sepatutnya Buat Kenyataan Membangkitkan Kemarahan Pada PRU-15 - Anwar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Muhyiddin Diberi Masa Hingga Rabu Depan Untuk Minta Maaf, Jika Tidak…’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad