web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Aidiladha, 2.35 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Lebuhraya Pantai Timur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 12:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.35 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha bermula 8 hingga 11 Julai depan.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pihaknya menjangkakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ‘dibanjiri’ 1.68 juta kenderaan manakala Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) akan digunakan oleh 704,000 kenderaan.

Menurutnya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun, purata harian hujung minggu bagi lebuh raya KLK adalah sebanyak 161,000 manakala LPT1 merekodkan 65,000 kenderaan.

“Antara langkah yang telah diambil ANIH Berhad bagi meningkatkan tahap kesediaan musim perayaan kali ini adalah dengan menambah petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

“Ia bagi membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persedian di semua fasiliti, termasuk menjamin tahap kebersihan terbaik di semua Hentian Rawat dan Rehat (RnR),” katanya hari ini.

Radzimah berkata, pihaknya yakin pengguna lebuh raya kini lebih cakna dengan persediaan diperlukan bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat menjelang sambutan Aidiladha.

“Perayaan Aidiladha merupakan kali ketiga, rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak negara memasuki fasa endemik tahun ini.

“Sungguhpun begitu, demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan,” katanya.

 Beliau pada masa sama mengingatkan pengguna supaya memandu dengan berhemah, memastikan kenderaan dalam keadaan baik selain memastikan baki e-wallet, Touch n’ Go dan SmartTag  mencukupi serta mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

Untuk maklumat tepat dan terkini lebuhraya KLK dan LPT1, orang ramai boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 1-700-818-700. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad