web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Bidas Kenyataan ‘Subsidi’ PM, Warga Asing Pun Bantu Kita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 6:35PM

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tidak adil apabila pekerja asing menikmati subsidi untuk rakyat tempatan menerusi hasil kewangan pembayar cukai di negara ini.

Ahli Parlimen Muar itu menerusi ciapan di Twitter menegaskan, isu kenaikan kos sara hidup tidak seharusnya tertumpu kepada kaum atau kerakyatan kerana mereka yang tinggal di Malaysia, masing-masing menyumbang dengan cara tersendiri untuk kemajuan negara.

“Bagaimana dengan ekspatriat di sini? Mengapa wujud diskriminasi terhadap warga Bangladesh dan Rohingya?” soalnya yang mendakwa kenyataan Ismail Sabri itu menunjukkan kerajaan bersikap ‘pilih kasih’.

Beliau berkata, makanan adalah hak asasi utama manusia yang perlu diberikan kepada semua, selain menyatakan bahawa pekerja asing membantu dalam kemajuan ekonomi dan infrastruktur negara.

“Majoriti mereka yang membina menara Merdeka 118 dan bekerja dalam sektor pembersihan adalah pekerja asing.

“Makanan adalah hak asasi manusia, jadi setiap orang berhak mendapat makanan mencukupi. Ayam menjadi sumber protein utama kepada mereka yang bekerja dalam sektor buruh,” katanya.

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan, subsidi makanan yang disediakan kerajaan bagi mengurangkan kos barangan adalah untuk rakyat tempatan, bukan warga asing.

Beliau berkata, subsidi itu terpaksa diberikan kerana sudah tiada pilihan lain.

“Pekerja Bangladesh dan Rohingya juga makan ayam dan kita yang membayar subsidi itu, malah kerajaan sudah membelanjakan hampir RM700 juta untuk subsidi.

“Konsep subsidi sepatutnya untuk golongan miskin dan mereka mestilah rakyat kita,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek