Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pemandu Mabuk ‘Kebal Undang-Undang’? Hukuman Wajar Diteliti Semula

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk sudah dikuatkuasakan, namun ia bagaikan tidak digeruni golongan terbabit.

Buktinya bulan lalu sahaja, dua kes dalam tempoh kurang 48 jam menyaksikan tiga kematian tragis di dua lokasi berbeza iaitu satu di Perak dan dua lagi di Melaka melibatkan pasangan suami isteri.

Susulan itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penunggang Motosikal (Wheel of charity), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh menggesa supaya kerajaan meneliti semula hukuman ke atas pemandu mabuk bagi mengelakkan ramai menjadi mangsa akibat sikap tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Undang-undang seharusnya lebih tegas manakala penguatkuasaan juga diperketat agar isu sosial dan kemalangan disebabkan pemandu mabuk yang kerap terjadi saban hari dapat ditangani.

“Misalnya di Vietnam, pesalah bukan sahaja dikenakan denda lebih berat tetapi digantung lesen dua tahun jika sabit kesalahan. Ini turut membabitkan mereka yang menunggang basikal dalam keadaan mabuk,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan 1,147 kematian sejak 2011 hingga 2018.

Katanya, kematian tertinggi berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab itu direkodkan pada 2016 dengan 237 kematian disusuli 229 tahun sebelumnya.

“Jumlah mereka yang cedera teruk adalah seramai 539 sejak 2011 hingga 2018 manakala 595 lagi cedera ringan bagi tempoh sama.

“Namun data tidak menyatakan keadaan pemandu sama ada mabuk atau tidak, ujian pernafasan tidak dilakukan dan beberapa kes pemanduan mabuk tidak melibatkan kematian dan tidak dilaporkan ke polis,” katanya.

Dr Sharifa Ezat yang juga Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, berdasarkan data yang disediakan polis dari 2016 hingga 2018, terdapat beberapa penyebab kemalangan utama di negara ini.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Katanya, antara penyebab tersebut adalah kerana kemalangan sendiri (crash on its own), memasuki jalan bertentangan, cubaan memandu dan memotong di lorong, tidak nampak kereta hadapan dan melakukan pusingan U bukan di tempat selamat.

Namun katanya, kematian akibat pemandu mabuk merupakan penyebab kecil pada 2017 dan 2018 dengan masing-masing 58 dan 54 kes direkodkan.

“Jika melibatkan pemandu mabuk pula, dari data Bukit Aman, seramai 3,992 mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan sejak 2018 hingga Mei 2020 dalam Ops Mabuk.

“Bagaimanapun tidak semua pemandu mabuk berakhir dengan kematian atau kecederaan diri atau ke atas pengguna jalan lain,” katanya.

Jelas beliau lagi, seramai 2,692 pengguna jalan raya ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk pada 2021.

Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja menyebabkan mereka memandu dalam keadaan berbahaya tetapi turut berpotensi berlanggar dengan kenderaan lain.

Bagaimanapun beliau berkata, jumlah pemandu mabuk tanpa menyebabkan kematian pula jauh lebih ramai dan hukuman yang dikenakan tidak setimpal kesalahan mereka.

“Mereka hanya menerima hukuman yang jauh lebih ringan dan ini menyebabkan ramai masih memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Selain itu, alkohol juga sangat mudah diperolehi di Malaysia, harga agak murah dan kerap diguna sebagai menyelesai masalah apabila runsing,” katanya.

Terdahulu, pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah dikuat kuasa pada Oktober 2020.

Pindaan itu membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan berkaitan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu.

Secara keseluruhan, pindaan RUU itu mengandungi 15 fasal utama.

Antaranya ialah pindaan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Selain itu, pindaan turut dilakukan terhadap Seksyen 44 akta sama membabitkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes menyebabkan kecederaan serta kes menyebabkan kematian.

Bagi kes menyebabkan kematian, hukuman yang dikenakan jika sabit kesalahan ialah penjara antara 10 dan 15 tahun, serta denda RM50,000 hingga RM100,000 selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun untuk sabitan pertama.

Pindaan juga membabitkan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda RM100,000 hingga RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun untuk kesalahan seterusnya. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Budaya Musyawarah Beri Ruang, Peluang Penjawat Awam Bersuara Sampai Pandangan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Keputusan Permohonan Siti Bainun Tangguh Hukuman Penjara Diketahui 23 Mei

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Moratorium Hukuman Cubaan Bunuh Diri Perlu Ada Sebelum Pemansuhan Selesai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Skandal 1MDB: Mahkamah Kuwait Kenakan Hukuman Penjara Terhadap Jho Low

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Haji Furada: Syarikat Pelancongan Diperintah Bayar RM634,000 Kepada 25 Bekas Pelanggan

Luar Negara 7 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Semasa 15 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 7 jam yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis