web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skandal 1MDB: Mahkamah Kuwait Kenakan Hukuman Penjara Terhadap Jho Low

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 3:26PM

Mahkamah Kuwait menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Low Taek Jho. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, disabitkan bersalah tanpa hadir di mahkamah di Kuwait semalam, atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum penjara 10 tahun ke atas Jho Low; ahli perniagaan dikehendaki berketurunan Perancis dan Syria, Bachar Kiwan serta lelaki dikenali sebagai Sheikh dan seorang individu tidak dikenali.

Akhbar Kuwait turut melaporkan, seorang peguam dijatuhi hukuman tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana Malaysia.

Difahamkan dana Malaysia yang disebut dalam laporan itu adalah 1MDB.

Selain itu, difahamkan bahawa sheikh yang terlibat dalam laporan itu ialah Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah, anak kepada mantan Perdana Menteri Kuwait, Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, iaitu kerabat Diraja negara berkenaan.

Jaber yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara itu antara 2011 dan 2019, ditahan berikutan perintah mahkamah Kuwait susulan beberapa pertuduhan rasuah ketika menyandang portfolio Menteri Pertahanan.

Rakan kongsi Sheikh dikenal pasti sebagai sekutu Low, Hamad Al Wazan, manakala peguamnya dinamakan sebagai Saud Abdelmohsan.

Mahkamah turut memerintahkan mereka yang disabitkan kesalahan, memulangkan AS$1 bilion (RM4.4 bilion), selain didenda sejumlah 183 juta dinar Kuwait (RM2.6 bilion).

Laporan itu juga memaklumkan, pejabat pendakwaan awam Kuwait sudah membuka semula kes terbabit, berikutan ia ‘terhenti’ selama dua tahun kerana kekurangan maklumat daripada pihak antarabangsa.

“Siasatan menunjukkan bahawa hampir satu bilion (AS) dolar masuk ke akaun orang berpengaruh Kuwait, sebelum ia dipindahkan ke luar negara,” lapornya.

Pendakwa raya Kuwait, Hammoud Al-Shami mendakwa defendan yang dianggap sebagai ‘kumpulan jenayah terancang’, melakukan kesalahan pengubahan wang haram dalam mata wang China, bersamaan 343 juta yuan (RM219.3 juta) dan 700,000 dinar Kuwait, dengan mengetahui bahawa ia adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang serta pelaburan dana kerajaan Malaysia. - The Vibes, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad