web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SYM VF31 185 Keluaran Mforce Terima Penarafan 5 Bintang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 6:06PM

SYM terima anugerah penarafan bintang motosikal pertama, hasil kerjasama MIROS-MARii.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Motosikal SYM VF31 185 keluaran Mforce telah menerima anugerah penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) dalam usaha mendokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan motosikal di Malaysia, khususnya bagi kelas motosikal mampu milik.

Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, menerusi program ini, SYM menerima anugerah penarafan bintang motosikal pertama, hasil kerjasama MIROS dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

"MyMAP atau Malaysia Motorcycle Assessment Programme dibentuk berlandaskan pengalaman MIROS dalam membangunkan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP), yang merupakan program penarafan keselamatan kenderaan penumpang.

"Manakala MyMAP merupakan program penarafan tahap keselamatan bagi motosikal yang bermula satu bintang sehingga maksimum lima bintang bergantung kepada aspek keselamatan yang dinilai,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebagai permulaan, beliau berkata, program pengiktirafan ini dijalankan secara sukarela dan terhad kepada motosikal berkapasiti 250cc dan ke bawah.

Jelas Dr. Khairil Anwar, penarafan bintang MyMAP adalah hasil penilaian melalui empat kriteria utama iaitu pematuhan terhadap piawaian Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE), Comformity of Production (COP), teknologi ciri keselamatan dan program sokongan keselamatan pengguna.

Dalam fasa pertama penilaian ini, katanya, penekanan diberikan terhadap motosikal berkapasiti rendah kurang daripada 250 cc, selaku kelas yang mendominasi lebih daripada 90 peratus pasaran.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari pula berkata, pembuatan kenderaan yang menepati piawaian keselamatan antarabangsa, yang sebelum ini kurang dititikberatkan di dalam motosikal, menunjukkan kesungguhan Malaysia menjadi negara pengeluar motosikal yang meletakkan keselamatan sebagai asas paling penting.

"Kebolehan syarikat tempatan untuk menghasilkan motosikal bertaraf lima bintang ini, juga mencerminkan keupayaan warga tempatan dalam menghasilkan motosikal dan proses pembuatan yang memerlukan penguasaan teknologi yang lebih maju,'' katanya. - Getaran, 29 Mac 2021. 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad