web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segelintir Peniaga Jual Ayam Melebihi Kadar Baharu Had Siling, Beri Alasan…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 8:00PM

Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG – Tindakan segelintir peniaga menjual ayam segar melebihi harga siling ditetapkan kerajaan, didakwa berpunca daripada kos tinggi pembelian bekalan makanan itu yang dikenakan pemborong kepada mereka.

Tinjauan Getaran di beberapa kedai runcit di sini pada hari pertama pelaksanaan kadar baharu had siling itu hari ini, mendapati harga ayam meningkat sehingga RM1.30 sekilogram daripada kadar dimuktamadkan kerajaan, iaitu RM9.40 sekilogram.

Bagaimanapun, ketika ditanya identiti pemborong, golongan penjual itu enggan mendedahkannya biarpun menyedari bakal berdepan tindakan kerana meletakkan harga produk itu melebihi had siling ditetapkan.

Walaupun didesak, beberapa peniaga tetap ‘mengunci mulut’ kerana bimbang risiko kehilangan bekalan ayam dan diboikot pemborong, sekiranya mendedahkan nama pihak tersebut.

Mohd Fariz - Gambar oleh Aiman Sadiq
Mohd Fariz - Gambar oleh Aiman Sadiq

Peniaga premis itu di Sungai Merab Luar yang ingin dikenali Mohd Fariz, 21, menjelaskan, dia terpaksa menjual ayam lebih mahal disebabkan pemborong mengenakan harga belian menyamai kadar siling ditetapkan kerajaan. 

Tegasnya, keadaan itu memaksa dia mengenakan harga jualan ayam sehingga RM10.70 sekilogram kepada pelanggan bagi mendapatkan sedikit keuntungan. 

“Saya tidak mahu dedahkan nama pembekal atau tunjuk resit pembelian, kalau tunjuk nanti, seolah-olah saya mencekik diri sendiri kerana saya akan kehilangan bekalan ayam. 

“Walaupun tahu bakal berdepan tindakan kerana menjual ayam melebihi RM9.40 sekilogram, saya tetap tidak akan mendedahkan nama pembekal kepada pihak media. Tidak sama sekali,” katanya ketika ditemui. 

Fariz berkata, menerusi maklum balas diterima, peningkatan harga borong ayam berlaku atas beberapa faktor, seperti kenaikan kos operasi dan pengangkutan pemborong.

“Kami mendapat bekalan ayam daripada pemborong pada harga RM9.40 sekilogram, jadi bagaimana kami nak jual harga siling seperti ditetapkan kerajaan. 

“Kerajaan perlu bertindak segera, semak secara teliti di peringkat pembekal, pemborong mahupun ladang, bukan hanya kenakan tindakan kepada peniaga,” katanya. 

Gambar oleh Aiman Sadiq
Gambar oleh Aiman Sadiq

Bagi peniaga, S Muthusamy, 61, harga jualan ayam tidak dapat diseragamkan di setiap premis kerana penjual mendapat bekalan daripada pembekal berbeza.

“Sekarang ini ayam dari pemborong datang hingga RM9.50 sekilogram. Sudah melebihi harga siling tu. Jadi, saya sebagai peniaga terpaksa menjual ayam pada harga RM10.50 sekilogram. Saya pun perlukan untung. 

“Apa yang saya nampak memang tiada penurunan harga ayam langsung walaupun kerajaan tetapkan harga siling RM9.40, malah kekal meningkat di peringkat pembekal," katanya.

Manakala seorang peniaga, Muhammad Shamir Abadi, 33, mengharapkan agar harga ayam tidak akan terus meningkat menjelang Aidiladha seperti dialami beberapa tahun lalu.

Beliau tidak menolak kemungkinan harga ayam akan terus meningkat dan boleh mencapai paras sehingga RM12 sekilogram, seperti ketika Tahun Baru Cina pada Februari lalu.

“Kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM12 sekilogram dijangka berulang jika kawalan tidak dilakukan di peringkat ladang dan pemborong, memandangkan ia seperti menjadi trend setiap musim perayaan dan cuti sekolah panjang.

“Jadi sukar untuk saya katakan pelanggan tidak lagi dikenakan caj perkhidmatan, meskipun harga ayam naik kepada RM9.40 sekilogram. Saya sebolehnya tidak mahu jual lebih daripada RM9 kerana memahami kesusahan dan bebanan pelanggan hadapi ketika ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di sekitar pasar raya di Bangi Avenue dan Bandar Baru Bangi mendapati rata-rata peniaga di situ, masih mengekalkan harga ayam terdahulu, iaitu RM8.90 sekilogram serta tidak mengenakan caj pemotongan.

Gambar Fail
Gambar Fail

Harga minyak botol bagi dua kilogram (kg) dan lima kg pula dikekalkan pada paras antara RM12.70 sehingga RM29.70 sebotol.

Namun minyak peket bersubsidi sudah kehabisan stok berikutan jangkaan harga barang keperluan asas itu akan meningkat sehingga melebihi RM40. 

Alias sedang menyusun stok ayam di premisnya untuk dijual kepada pelanggan. - Gambar oleh Aiman Sadiq
Alias sedang menyusun stok ayam di premisnya untuk dijual kepada pelanggan. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Menurut pekerja pasar raya yang dikenali sebagai Alias, 41, pihaknya masih mengekalkan harga ayam berikutan berlaku penurunan di peringkat penternak, sekali gus membolehkannya menjual pada kadar lebih murah. 

Jelasnya, selagi tiada peningkatan kos di peringkat ladang, pihaknya tidak akan menaikkan harga ayam kerana tidak mahu membebankan pengguna. 

“Caj perkhidmatan potong ayam sudah lama kita tidak kenakan, iaitu sejak April lalu kerana harga ayam di peringkat penternak turun sehingga 70 sen sekilogram, tetapi kalau dijual sehingga RM0.80, kemungkinan kita akan ikut harga siling baharu. 

“Saya faham situasi pembeli yang tertekan dengan kenaikan harga barang. Sebab itu, pasar raya kita fleksibel dalam penetapan harga ayam dan caj perkhidmatan. Jika kos itu boleh diserap, kita akan kekalkan harga,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad