web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kekurangan Doktor Di HKL, HTA Tidak Berbangkit - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 5:52PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu krisis kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini tidak berbangkit sama sekali.

Jurucakap kata Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, surat dikeluarkan oleh pengurusan HKL yang tular berkaitan isu kekurangan pegawai perubatan di hospital tersebut dan Hospital Tunku Azizah (HTA) adalah bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman.

Menurutnya, ia bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar.

"Selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA 18 Julai depan, KKM juga telah merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar," katanya.

Tambah jurucakap itu, urusan pertukaran tersebut adalah prosedur biasa yang dilaksanakan oleh KKM bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.

"Sehubungan itu, isu berlaku krisis kekurangan Pegawai Perubatan di HKL dan HTA adalah tidak berbangkit," katanya.

Terdahulu, tular sepucuk surat yang memaklumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi HKL mendapati, kekurangan pegawai perubatan di hospital tersebut dan HTA akan berlaku berikutan pergerakan keluar pegawai perubatan junior (floaters) dari HKL bermula 18 Julai depan.

Surat bertarikh 30 Jun 2022 yang ditandatangani Timbalan Pengarah Perubatan II HKL, Dr Marina Abdullah Sani itu dikongsikan Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDL) di Twitter.

"Adalah dimaklumkan pihak pengurusan tertinggi HKL mendapati akan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan di HKL dan Hospital Tunku Azizah (HTA) berikutan pergerakan keluar pegawai perubatan junior dari HKL bermula 18 Julai 2022," jelas surat itu.

Katanya, satu sesi perjumpaan pegawai perubatan pengurusan dibuat hari ini pada jam 3 hingga 5 petang tadi bagi membincangkan penyelesaian masalah itu. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Elaun Lokum RM80 Sejam Bagi Pegawai Perubatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad