Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penetapan Harga Siling Dan Subsidi Pukal Ayam, Telur Dibuat Dengan Teliti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 3:06PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA: Keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahteraan semua peringkat rakyat dalam menghadapi masa sukar peningkatan kadar inflasi seluruh dunia yang turut melanda Malaysia, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ia termasuk penternak, pembekal, peruncit dan pengguna terutama golongan B40 dan M40, menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan menetapkan harga siling baharu di Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM9.40 sekilogram, manakala harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji), berkuat kuasa hari ini (1 Julai) untuk tempoh dua bulan.

Harga siling ayam di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan juga berkuat kuasa hari ini untuk tempoh dua bulan iaitu RM9.90 sekilogram di Langkawi, RM11 hingga RM11.30 di Sabah, RM9.80 hingga RM12.90 di Sarawak dan RM11.30 di Labuan.

Bagi telur ayam pula, harga gred A ditetapkan pada 47 sen sebiji di Sarawak kecuali Limbang dan Lawas pada 49 sen sebiji, gred B (45 sen hingga 48 sen sebiji), gred C (43 sen hingga 46 sen sebiji); di Sabah pada 50 sen hingga 51 sen sebiji bagi gred A, gred B (49 sen hingga 50 sen sebiji) dan gred C (48 sen hingga 49 sen sebiji).

Di Labuan pula, harga telur gred A ditetapkan pada 51 sen sebiji, gred B (50 sen sebiji) dan gred C (49 sen sebiji).

KPDNHEP berkata harga siling baharu itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat semua peringkat di samping mengekalkan tahap nutrisi dan kesihatan keluarga Malaysia untuk mendapatkan sumber protein yang diperlukan.

“Dengan pelaksanaan harga siling baharu ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM369.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan subsidi pukal untuk ayam dan telur adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022,“ kata KPDNHEP.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram, dan harga maksimum telur ayam gred A ditetapkan pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji.

KPDNHEP berkata ia akan terus meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dengan menggerakkan 2,200 pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan penternak, pemborong dan peruncit mematuhi harga siling baharu yang telah ditetapkan di semua peringkat rantaian.

KPDNHEP berkata Op ATM (Op Ayam, Telur dan Minyak Masak) akan diteruskan bagi memastikan bekalan ayam, telur dan minyak masak sentiasa mencukupi dan stabil di pasaran.

“Op Samar juga akan dilakukan iaitu pegawai penguat kuasa akan melaksanakan operasi tanpa memakai pakaian seragam dan kenderaan kementerian serta melakukan ujian pembelian bagi memastikan peniaga patuh kepada undang-undang terutama bekalan, harga dan tanda harga,“ katanya.

KPDNHEP berkata ia yakin tahap pematuhan di peringkat peniaga terutama peruncit akan kekal tinggi seperti pada penetapan harga siling dan harga maksimum sebelum ini.

Katanya sebanyak 80,179 pemeriksaan telah dijalankan di premis menjual ayam dan telur sehingga 31 Mei lepas menyaksikan pematuhan melebihi 99 peratus dengan hanya melibatkan 121 kes.

Bagi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta Akta Kawalan Barang (AKB) 1961 pula, KPDNHEP berkata sebanyak 846,686 premis telah diperiksa sepanjang tahun ini dan pematuhan juga didapati tinggi melebihi 99 peratus dengan 3,832 kes bersabit dengan AKHAP 2022 dan 615 kes melibatkan AKB 1961.

KPDNHEP berkata tindakan terhadap peniaga akan diambil sekiranya mereka didapati tidak beretika, sengaja melanggar undang-undang, yang mencatut atau berkomplot secara kartel sejajar dengan punca kuasa yang diberikan kepada kementerian melalui AKHAP 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Persaingan 2010.

“KPDNHEP akan terus bersama kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat secara holistik dan tuntas meliputi semua barangan kawalan dan subsidi termasuk minyak masak, petrol, diesel, LPG (gas petroleum cecair), tepung dan gula,“ katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im