web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Doktor Sedia Ada Tak Sepadan Tampung Populasi Penduduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 7:00AM

Berdasarkan statistik pada 31 Disember 2020, nisbah seorang doktor adalah bagi memberi perkhidmatan kepada 441 penduduk, setakat ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara masih memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 2,000 pegawai perubatan tetap setiap tahun bagi menampung peningkatan populasi penduduk dan pembukaan hospital pakar baharu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, berdasarkan statistik pada 31 Disember 2020, nisbah seorang doktor adalah bagi memberi perkhidmatan kepada 441 penduduk, setakat ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai

“Masalah utama dengan jumlah doktor di Malaysia adalah taburan yang tidak sepadan dengan bilangan penduduk. Misalnya Lembah Klang dan Pulau Pinang mencapai nisbah doktor kepada pesakit yang optima.

“Namun negeri lain, khususnya Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang dan Sabah masih ketinggalan dari segi jumlah doktor,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, pertambahan pegawai perubatan perlu disegerakan memandangkan beberapa hospital daerah akan bertukar status kepada hospital pakar dalam masa terdekat.

Katanya, jika semua pegawai perubatan kontrak dapat meneruskan perkhidmatan di dalam Kementerian Kesihatan (KKM), negara mungkin boleh mengatasi masalah kekurangan doktor.

Malangnya, beliau berkata, ramai pegawai perubatan kontrak meletak jawatan atas sebab berlainan.

Bagaimanapun, Dr Kar Chai berpendapat, isu kekurangan doktor di negara ini tiada kaitan dengan lantikan tetap atau kontrak bagi jawatan berkenaan.

“Kekurangan adalah di jabatan tertentu dan bukannya secara menyeluruh. Ia tiada kaitan dengan doktor kontrak atau tetap asalkan bilangan mencukupi.

“Malah di negara luar, seperti United Kingdom (UK), Australia, Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand, doktor sememangnya diambil secara kontrak,” katanya.

Susulan itu, beliau menyarankan KKM melakukan pemetaan atau ‘mapping’ secara menyeluruh di setiap jabatan hospital awam bagi mengenal pasti punca masalah kepada isu tersebut.

Malah katanya, doktor lantikan kontrak perlu diberi tunjuk ajar dan nasihat supaya terus berkhidmat di KKM sebagaimana diamalkan di negara maju.

“(Lantikan) kontrak tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk mereka meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

“Pada masa sama, doktor kontrak perlu diberi semua kemudahan dan kenaikan gaji yang serupa dengan doktor (penjawatan) tetap,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Kar Chai menggesa orang ramai supaya memahami situasi di Jabatan Kecemasan yang menyaksikan ada pesakit terpaksa menunggu lama untuk dirawat.

Jelasnya, Jabatan Kecemasan adalah untuk kes kritikal, maka doktor perlu merawat mereka yang dalam keadaan kronik terlebih dahulu, bukan semestinya mengikut nombor giliran menunggu.

Kenyataan itu susulan rungutan ibu bapa yang terpaksa menunggu selama 12 jam demi mendapatkan rawatan untuk anak mereka di Jabatan Kecemasan Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rungutan itu dikongsi seorang doktor di hospital terbabit menerusi ciapan di Twitternya sehingga menjadi tular.

“Saya bersimpati dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Saya yakin pihak hospital dan KKM akan menyiasat secara mendalam punca kelewatan tersebut.

“Ketua Jabatan Kecemasan HTA juga perlu melakukan pemantauan berterusan di jabatannya bagi memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi diberikan kepada pesakit,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak dinafikan bilangan pegawai perubatan dan jururawat amat sedikit di Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik, berbanding jabatan lain di hospital awam.

“Justeru, KKM harus mengambil serius isu kekurangan tersebut demi memastikan perkhidmatan optima dapat diberikan kepada bayi dan kanak kanak.

“Taburan tidak saksama (bilangan doktor dan jururawat) di antara negeri dan jabatan berlainan perlu ditangani dengan kadar segera,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad